Euforia Bola 2026
Didik

Dakwa Anak Disihir Kerana Cemerlang Di Sekolah, Ibu Syak Mak Rakan Sekelas Sendiri Yang ‘Hantar’

ANAK DISIHIR

Isu anak disihir menjadi bualan ramai apabila seorang wanita mendakwa anaknya mengalami gangguan selepas sering mewakili sekolah dan cemerlang dalam akademik.

Menerusi perkongsian di Threads, dia turut menceritakan perjalanan mendapatkan rawatan selepas keadaan kesihatan anaknya didakwa semakin merosot.

Baca juga: Demi Kerjaya & Masa Bersama Anak, Shila Amzah Bakal Berhijrah Ke China Tahun Hadapan

ANAK DISIHIR, IBU DAKWA MAK RAKAN SEKELAS PUNCA

ANAK DISIHIR

Menurut wanita berkenaan, anaknya yang kini berusia 11 tahun merupakan seorang murid yang aktif menyertai pelbagai aktiviti sekolah serta kerap mewakili sekolah dalam pertandingan.

Dia mendakwa terdapat seorang ibu kepada rakan sekelas anaknya yang tidak berpuas hati kerana anaknya sering menerima hadiah dan dipilih menyertai aktiviti sekolah.

Wanita itu turut berkongsi beberapa pengalaman yang didakwanya berlaku, termasuk individu berkenaan yang sering mengeluarkan kata-kata sinis terhadap kejayaan anaknya.

Tidak lama selepas itu, dia mendakwa anaknya mula mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan sehingga kerap keluar masuk hospital dan terpaksa ponteng sekolah.

Kongsi pengalaman berikhtiar dapatkan rawatan

Menurut wanita itu lagi, pelbagai pemeriksaan dan rawatan telah dilakukan di hospital, namun keadaan anaknya didakwa masih tidak menunjukkan perubahan.

Dia mendakwa seorang doktor yang merawat anaknya mencadangkan supaya dia turut mendapatkan rawatan Islam sebagai ikhtiar tambahan.

Wanita itu kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan Islam.

Menurut dakwaannya, selepas beberapa sesi rawatan, pengamal berkenaan memaklumkan bahawa akan ada seseorang datang memohon maaf kepadanya dalam masa terdekat serta menasihatkan agar dia menerima permohonan maaf tersebut tanpa menyimpan dendam.

ANAK DISIHIR

Kredit: Gemini AI

Beberapa hari kemudian, wanita itu mendakwa individu yang dimaksudkan benar-benar datang ke rumahnya untuk memohon maaf dan membawa makanan sebagai buah tangan.

Bagaimanapun, dia mendakwa pengamal perubatan Islam berkenaan telah menasihatinya supaya tidak memakan makanan yang diberikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut wanita itu, keadaan anaknya kini semakin bertambah baik dan sudah kembali bersekolah seperti biasa, meskipun masih mengalami masalah kesihatan sekali-sekala.

Warganet tinggalkan pelbagai reaksi

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama, manakala sebahagian lagi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan tanpa bukti yang jelas.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar anak wanita tersebut terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Baca juga: Tular Pelancong Mat Salleh Setia Duduk Lebih Sejam Di Masjid Negara Dengar Penerangan Tentang Islam, “Hidayah Itu Milik Allah”

Sumber: Cik Milah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×