Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Mohon Bantuan Cari 2 Orang Anak, Harap Bertemu Semula Selepas 18 Tahun Terpisah

IBU CARI ANAK

Kisah seorang ibu cari anak yang hilang sejak tahun 2007 ini benar-benar menyentuh hati. Walaupun sudah hampir dua dekad berlalu, kasih dan rindu tidak pernah padam.

Wanita tersebut, Siti Mariam binti Yaacob atau lebih mesra disapa Esah berkongsi bahawa kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya adalah pada tahun 2007 di Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah, Perak.

Baca juga: Anak Kalah Pertandingan Mewarna Sebab ‘Terlalu Cantik’, Ibu Kecewa Dituduh Bantu Anak!

IBU CARI ANAK, DAH 18 TAHUN TERPISAH

IBU CARI ANAK

Ketika itu, anak sulungnya, Nurhafisah binti Muhd Rafi, baru berusia 6 tahun manakala adiknya, Muhd Hafiz bin Muhd Rafi, berusia 3 tahun.

“Assalamualaikum. Saya sedang mencari anak-anak saya yang telah terpisah sejak tahun 2007. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ialah di Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah, Perak.

“Ketika itu, anak sulung saya, Nurhafisah binti Muhd Rafi, berumur 6 tahun, manakala adiknya, Muhd Hafiz bin Muhd Rafi, berumur 3 tahun,” jelasnya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Nurhafisah binti Muhd Rafi dan Muhd Hafiz bin Muhd Rafi diminta menghubungi Siti Mariam di talian 019-5081262.

IBU CARI ANAK

Dia turut merayu agar sesiapa yang terbaca kisah ini dapat membantu menyebarkan maklumat ini di media sosial atau kepada kenalan lain yang mungkin mengenali dua beradik tersebut.

“Sekiranya ada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka, saya sangat berharap agar dapat menghubungi saya di talian 019-5081262.

“Saya, Siti Mariam binti Yaacob, dikenali dengan nama panggilan Esah, amat merindui anak-anak saya dan berharap dapat bertemu semula dengan mereka,” luahnya.

Baca juga: Ibu Mentua Ajar ‘Perkasakan’ Anak Lelaki Dengan Didikan Nilai, Bukan Hanya Teguran Marah

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×