Euforia Bola 2026
Famili

Tular Gadis Pergi ‘Dating’ Bawa Ibu Bapa Sekali, Ramai Setuju Tindakan Tegas ‘Parents’ Tersebut!

pergi dating

Demi melindungi anak-anak daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak mereka terjamin. Perkara ini termasuklah menemani anak pergi dating (temu janji).

Sebagaimana video tular di media sosial baru-baru ini, berkenaan kisah seorang gadis yang membawa ibu bapanya keluar bersama ketika temu janji telah mencuri perhatian netizen.

Baca juga: Anak 7 Tahun Hidap Kanser Saraf, Bapa Rayu Sumbangan Beli Ubat Lebih RM300,000!

IBU BAPA TEGAS TEMAN ANAK PERGI DATING

Lebih menarik lagi, ahli keluarga lain turut kelihatan hadir dalam pertemuan tersebut.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @__cikyan, gadis itu menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan membawa ibu bapanya kerana mereka mempunyai sikap yang tegas atau strict.

Baca juga: Johan Tegur Pembantu Rumah Untuk Dahulukan Solat & Mengaji, Minta Tinggalkan Kerja

“POV: Bila adik perempuan nak pergi dating tapi parents wajib ikut sekali be like,” tulisnya di dalam videonya itu yang telah mendapat 310.9 ribu jumlah tontonan.

@__cikyan

Bila strict parents ikut teman adik dating be like 🤣 #fyp #funnyvideos #pov #strictparents #foryou #datinglife #4u #malaysiatiktok

♬ suara asli – eka – eka

Sementara itu di video lain pula, yang telah menerima 957.5 ribu jumlah tontonan, dan 70.8 ribu tanda suka.

“POV: Bila kau nak dating dengan girlfriend, tapi girlfriend kau ada strict parents, be like,” tulisnya.

@__cikyan

1 keluarga ikut hahaha 🤣 #strictparents #funnyvideos #pov #malaysiatiktok #fyp #datinglife #funnymoments

♬ Awkward Moments – AstroMusic

Baca juga: Cukup Berbuka Begini Tak Perlu Hotel Mewah, ‘Guard’ Sekolah Bahagia Ditemani Isteri & 3 Anak!

Apa pula reaksi warga maya?

Tinjauan penulis di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna TikTok bersetuju dan menyokong tindakan yang dilakukan keluarga tersebut.

“Lebih baik begitu. saya setuju sebab saya ada anak perempuan, kena hati hati.

“Selalunya keluarga macam ini memang rapat dan kebanyakannya berpelajaran. Ini bukan dating biasa-biasa, ini dating untuk persediaan bertunang lepas raya. Tahniah adik.

“Orang lelaki mungin tak setuju, tapi bagi lelaki seorang bapa yang ada anak pérempuan dewasa dia akan faham kenapa dan apa sebab. Zaman sekarang banyak kezaliman. Jadi, sebelum apa-apa kena berjaga-jaga.

“Lebih baik mak ayah buat macam ini, anak diberikan kebebasan tapi masih dilindungi. Bahaya lepaskan anak perempuan tanpa pengawasan, sekurang-kurangnya kita tak menyesal di kemudian hari,” antara komen yag ditinggalkan warga maya.

Baca juga: Suara Imam Tarawih Cecah Nilai 5 Angka, Masjid Terletak Di Kuala Krai Ini Jadi Buruan!

Sumber: TikTok @__cikyan

FT Image: TikTok @__cikyan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×