Euforia Bola 2026
Famili

Sebak! Ibu Diserang Strok Di Madinah Ketika Umrah, Anak Rayu Bantuan RM200,000 Untuk Bawa Pulang

Sebak! Ibu Diserang Strok Di Madinah, Anak Rayu Bantuan RM200,000 Untuk Bawa Pulang

Seorang anak perempuan kini berusaha mengumpul dana sebanyak RM200,000 bagi membawa pulang ibunya ke tanah air selepas ibu alami strok di Madinah, Arab Saudi ketika menunaikan ibadah umrah pada 5 Februari lalu.

Menurut Siti Nur Ain Abd Sanief, 31, ibunya, Halimah Ismail, 64, yang berasal dari Felda Lubuk Sireh, sedang menerima rawatan di Hospital King Fahad, Madinah.

Baca juga: Pelajar Skor 9A SPM Kongsi Senarai YouTube Channel Untuk Ulang Kaji, Ramai Setuju Memang ‘Power’!

IBU ALAMI STROK DI MADINAH, PERLU RM200,000 UNTUK BAWA PULANG

IBU ALAMI STROK

Dia memaklumkan, sebelum ini ibunya dirawat di Hospital Al Salam akibat jangkitan influenza, COVID-19 dan rhinovirus sehingga keadaan menjadi kritikal dan terpaksa ditidurkan.

“Selepas sedar, ibu hanya mampu menggerakkan bahagian kepala sahaja sebelum doktor mengesahkan dia mengalami strok. Malah, saluran pernafasan ibu juga terpaksa ditebuk bagi membantu proses bernafas,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak keluarga kini sedang berusaha membawa pulang Halimah ke Malaysia dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Jeddah.

Namun, kos untuk menggunakan perkhidmatan ambulans udara dianggarkan mencecah RM200,000, manakala jumlah sebenar bil rawatan masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“Kami berharap ada pihak yang sudi membantu agar urusan membawa ibu pulang dapat dipermudahkan dan rawatannya dapat diteruskan di Malaysia,” katanya.

IBU ALAMI STROK

Sementara itu, ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim turut mengambil langkah membatalkan penganjuran Majlis Rumah Terbuka yang dirancang sebelum ini.

Beliau berkata, peruntukan bagi program tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke tabung bantuan untuk keluarga berkenaan.

“Saya sangat tersentuh dengan ujian yang dihadapi dan membayangkan situasi ini berlaku kepada ahli keluarga sendiri. Justeru, kita ambil keputusan untuk menyalurkan dana program kepada waris bagi membantu meringankan beban mereka,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengajak syarikat korporat serta orang ramai untuk tampil menghulurkan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 7062689379 atas nama Siti Nur Ain Abd Sanief.

@solerokley

Hampir 2bulan di Madinah..bila ya kita boleh balik Malaysia kan mak…❤️ #KingFahadHospital #Madinah #Malaysia #fyp #saudiarabia

♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ – FaiznurZin

Baca juga: Tak Puas Hati ‘Result’ SPM 2025? Ini Cara Buat Semakan Semula Dalam Tempoh 30 Hari Secara Online!

Sumber: Berita Harian & TikTok Imran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×