Dalam dunia moden hari ini, ramai wanita mula memilih kemudahan tandas duduk atau tandas moden yang kadangkala menyukarkan mereka untuk mencangkung ketika membuang air kecil. Namun, persoalan yang timbul, adakah sah istinjaknya jika wanita beristinjak dalam keadaan berdiri?
Baca juga: Orang Thai Dedah & Bongkar Rahsia Yang Mereka Takut Dengan Ilmu Sihir Melayu, Ini Sebabnya!
WANITA BERISTINJAK BERDIRI ADAKAH SAH?

Gambar AI
Topik ini semestinya mendapat perhatian apabila dibincangkan oleh masyarakat, terutama golongan wanita yang menekankan tentang kedudukan ketika istinjak dan kaitannya dengan sah atau tidaknya solat.
Wanita berinstinjak dengan cara berdiri, adakah ia menepati syarat bersuci dalam Islam? Ikuti penjelasan lanjut dari Ustaz Azhar Idrus di bawah.
“Saya pernah mendengar seorang guru agama menyebut dalam ceramahnya jika kaum wanita beristinjak dari kencing sambil berdiri, maka istinjaknya itu tidak sah dan dia tidak boleh menunaikan solat dengan istinjak seperti itu.”
Erti istinjak ialah membersihkan dengan air atau batu akan kemaluan dari najis selepas kencing dan buang air besar. Disyaratkan hendaklah bersih kemaluan dari najis.
Oleh itu, jika sudah dibasuh dengan air tetapi kemaluan tidak bersih, maka wajib diulangi membersihkannya dengan betul. Dan jika dikerjakan solat umpamanya tanpa dibersihkan dengan betul, maka solat itu tidak sah kerana bersucinya tidak sah.
Bagi kaum wanita wajib dibersihkan semua bahagian farajnya yang zahir iaitu bahagian yang jika dia duduk mencangkung, maka bahagian tersebut akan terbuka dengan sendirinya dan jika dia bangun, maka bahagian itu akan tertutup.
Baca juga: Benarkah Wanita Haram Pakai Seluar Jeans? Ini Jawapan Mufti!
Berkata Imam Nawawi:
وَالْوَاجِبُ عَلَى الْمَرْأَةِ غَسْلُ مَا يَظْهَرُ إِذَا جَلَسَتْ عَلَى الْقَدَمَيْن
“Dan yang wajib atas perempuan ialah membasuh bahagian yang zahir apabila dia duduk mencangkung atas dua tapak kakinya.” (Kitab Raudah At-Talibin)
Sebab tidak bersih istinjaknya itu ialah kerana ketika seorang perempuan beristinjak adalah wajib dibasuh akan segala bahagian yang zahir pada farajnya.
Di mana, bahagian yang terbuka ketika duduk itu termasuk bahagian yang zahir, maka jika dia duduk nescaya akan terbuka bahagian tersebut dan kena air basuhan dan bersihlah ia.
Disebabkan itu, dikatakan perempuan yang membasuh kencingnya sambil berdiri tidak sah istinjaknya.
Nota penulis:
Bukan semua perbuatan boleh diambil ringan, terutamanya dalam perkara bersuci.
Wanita beristinjak sambil berdiri mungkin memudahkan dari sudut fizikal, tetapi dari sudut hukum, ia boleh menyebabkan istinjak tidak sah dan merosakkan ibadah.
Maka, berhati-hatilah dalam menjaga kebersihan diri, kerana ia asas kepada penerimaan ibadah kita di sisi Allah SWT.
Baca juga: Sukar Tidur, Malas & Emosional Tanpa Sebab? Ini Tanda-Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: AI
