Euforia Bola 2026
Nur

Berdosa Ke Tunjuk Jari Tengah? Jangan Terkejut Bila Tahu Hukumnya!

hukum tunjuk jari tengah

Dalam dunia moden yang penuh dengan simbol dan isyarat tangan, hukum tunjuk jari tengah sering kali menjadi tanda tanya. Adakah ia sekadar perbuatan biasa atau membawa implikasi dosa dalam Islam?

Isu ini menarik perhatian apabila seorang pengguna TikTok bernama @almahiraja tampil memberikan penjelasan dalam nada bersahaja tetapi penuh makna.

Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah

HUKUM TUNJUK JARI TENGAH

hukum tunjuk jari tengah

Gambar hiasan.

Menurutnya, menunjuk jari tengah tidak semestinya berdosa, bergantung kepada niat dan konteks penggunaannya.

“Siapa kata tunjuk jari tengah berdosa? Tak dosa, boleh,” katanya sambil menunjukkan jari tengah dan berseloroh, “ini telinga saya, ini hidung saya.”

Beliau menjelaskan bahawa secara asasnya, jari tengah hanyalah anggota badan seperti jari-jari yang lain. Namun, ia menjadi isu apabila digunakan dengan maksud menghina atau mencarut.

“Ia jadi berdosa apabila niat tunjuk jari tengah dalam keadaan mencarut. Itu orang panggil dosa yang mendatang,” katanya.

Simbolik makian dalam budaya popular

Dalam kebanyakan budaya, termasuk dalam dunia maya, jari tengah telah diterima secara meluas sebagai simbol carutan atau makian.

Justeru, perbuatan menunjukkannya, terutama dalam keadaan marah atau dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang, menjadikan ia termasuk dalam perbuatan tercela dari sudut agama.

“Dan jari tengah juga menjadi simbolik sebagai satu carutan.

“Maka, menunjuk jari tengah dalam keadaan marah ataupun nak mencarut pada orang jadi berdosa,” jelasnya lagi.

Baca juga: PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung, Hukumnya Haram “Islam Larang Walau Suami Reda”

Islam tegas jaga adab dan simbol

hukum tunjuk jari tengah

Gambar hiasan.

Islam menitikberatkan adab dalam setiap perbuatan, bukan sahaja dari segi kata-kata tetapi juga perlakuan fizikal, termasuk isyarat tangan.

Walaupun tidak ada nas khusus menyebut tentang jari tengah, prinsip umum tentang niat dan adab menjadi asas kepada penilaian hukum.

Secara teknikal, menunjuk jari tengah tidak berdosa jika tidak disertai niat menghina.

Tetapi kerana masyarakat sudah memahami isyarat itu sebagai sesuatu yang lucah atau biadab, menggunakannya dalam konteks marah atau bergurau kasar boleh jatuh kepada dosa.

Lebih-lebih lagi jika ia menyakiti hati orang lain.

@almahiraja

#stitch with @Malkodok 🇲🇾 saya tunjuk jari manis ya bukan jari tengah 😌 wallahua’lam #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs

♬ original sound – ALMAHIRAJA – almahiraja

Baca juga: Nak Buang Kucing? Fahami Dulu Hukumnya, Jangan Sampai Berdosa Besar!

Sumber: TikTok @almahiraja

FT Image: Penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×