Euforia Bola 2026
Nur

Boleh Ke Buat Tunduk Hormat Seperti Budaya Jepun & Ketika Cium Tangan? Ketahui Batas Dibenarkan Syarak

tunduk hormat

Hukum tunduk hormat sering menjadi persoalan, terutama apabila ia berkait dengan budaya seperti Jepun dan Korea, atau dalam situasi rasmi seperti di mahkamah dan parlimen.

Ada juga yang tertanya, bagaimana pula dengan perbuatan tunduk untuk mencium tangan guru atau orang tua, adakah ia dibenarkan dalam Islam?

Baca juga: Bapa TERNIKAH Anak Kandung Hingga Ada Zuriat, Masih Boleh Dibinkan Namanya & Wajib Bubar Perkahwinan!

TUNDUK HORMAT & TUNDUK CIUM TANGAN, SUDUT PANDANGAN ISLAM

tunduk hormat

Gambar AscentXmedia (Getty Images)

Hukum tunduk hormat

Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum tunduk hormat bergantung pada niat dan cara ia dilakukan.

Dalam Surah al-Hajj ayat 77, Allah SWT memerintahkan rukuk dan sujud sebagai ibadah khusus kepada-Nya. Maka, jika tunduk dilakukan dengan maksud seperti rukuk dalam solat atau untuk memuliakan seseorang setaraf dengan Allah, hukumnya haram dan berdosa besar.

Namun, jika tunduk dilakukan sekadar tanda hormat, tanpa niat mengagungkan seseorang seperti Tuhan, maka hukumnya tidak haram tetapi makruh.

Ini dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Al-Majmu’, yang menyebut bahawa menundukkan badan untuk menghormati adalah tidak digalakkan, walaupun ramai melakukannya.

Sebahagian ulama’ pula, seperti Imam Ibn Muflih al-Maqdisi, berpendapat perbuatan tunduk kecil (tidak sampai rukuk) untuk menghormati seseorang harus, asalkan tidak disertai niat berlebihan. Ia dianggap sekadar isyarat penghormatan seperti yang pernah berlaku pada zaman sahabat.

Baca juga: Hukum & Cara Pengurusan Tanam Anggota Badan Yang Dipotong Mengikut Syariah

tunduk hormat

Gambar Junaidi (laman rasmi NU): Momen Said Aqil Siroj cium tangan Habib Umar.

Hukum tunduk mencium tangan

Bagi isu tunduk ketika mencium tangan pula, hukumnya harus dan termasuk amalan sunnah, jika dilakukan terhadap orang yang berilmu, berakhlak mulia atau ahli ibadah.

Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, yang menceritakan para sahabat mencium tangan dan kaki Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan hormat.

Namun, jika mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, kedudukan duniawi atau pangkat, maka hukumnya makruh. Hal ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam Majmu’ Syarah al-Muhazzab.

Kesimpulan

Menundukkan badan sekadar tanda hormat adalah dibolehkan selagi tidak menyerupai rukuk dan tidak disertai niat mengagungkan. Manakala, mencium tangan orang berilmu dan soleh pula adalah sunnah dan terpuji, selagi ia dilakukan dengan niat yang betul dan dalam batas yang dibenarkan syarak.

Baca juga: 6 Persediaan Bakal Jemaah Haji Perlu Buat Untuk ‘Fit’, Pak Cik Mak Cik Dah Kena Mula Sekarang!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: NU

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×