Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Solat Hanya Baca Al-Fatihah Tanpa Surah Tambahan, Ada 2 Situasi Semua Wajib Tahu!

surah al-quran

Ramai umat Islam tertanya-tanya tentang sah atau tidaknya solat, jika hanya membaca Surah Al-Fatihah sahaja tanpa disertai surah-surah tambahan daripada surah al-Quran lain. Persoalan ini penting kerana ia menyentuh soal sahnya ibadah asas dalam kehidupan seharian umat Islam.

Menurut perkongsian oleh pengguna Facebook, Yazeed Hair Johari, terdapat dua situasi utama yang perlu difahami dalam isu ini.

Baca juga: Berdosa Ke Tunjuk Jari Tengah? Jangan Terkejut Bila Tahu Hukumnya!

SURAH AL-QURAN LAIN TAK DIBACA SELEPAS AL-FATIHAH

surah al-quran

Gambar hiasan.

1. Situasi Pertama: Hanya Baca Al-Fatihah, Tanpa Bacaan Wajib Lain

Jika seseorang hanya membaca Al-Fatihah dan tidak membaca bacaan wajib lain dalam solat, maka solat itu tidak sah. Ini kerana terdapat lima bacaan wajib (dikenali sebagai rukun qauli) dalam solat yang mesti dibaca oleh setiap individu, iaitu:

  1. Takbiratul ihram – Lafaz “Allahu Akbar” ketika memulakan solat.
  2. Bacaan surah Al-Fatihah – Dibaca ketika berdiri dalam setiap rakaat.
  3. Tahiyat akhir – Bacaan ketika duduk akhir solat.
  4. Selawat ke atas Nabi SAW – Selepas bacaan tahiyat akhir.
  5. Memberi salam pertama – Penutup solat yang pertama.

Jika mana-mana bacaan ini ditinggalkan, termasuk takbiratul ihram atau tahiyat akhir, maka solat itu tidak sah walaupun Al-Fatihah telah dibaca.

Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah

2. Situasi Kedua: Baca Al-Fatihah Tanpa Surah Tambahan

Dalam situasi ini, seseorang membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat seperti biasa dan tidak menambah bacaan surah lain selepasnya di rakaat pertama dan kedua, tetapi masih membaca semua rukun qauli yang lain dengan lengkap.

Dalam kes ini, solatnya adalah sah, kerana bacaan surah selepas Al-Fatihah adalah sunat, bukan wajib. Surah-surah tambahan daripada al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas, Al-Kafirun, Al-A’la dan sebagainya hanyalah sunat dibaca selepas Al-Fatihah, terutama pada dua rakaat pertama solat.

Baca juga: Nak Buang Kucing? Fahami Dulu Hukumnya, Jangan Sampai Berdosa Besar!

Berdasarkan penjelasan ini, kita dapat faham bahawa membaca Al-Fatihah sahaja sudah mencukupi dari sudut sahnya solat, asalkan semua bacaan wajib lain (rukun qauli) dipenuhi.

Namun, membaca surah tambahan selepas Al-Fatihah tetap digalakkan sebagai amalan sunat yang membawa pahala tambahan.

Sebagai umat Islam, penting untuk kita memahami dengan jelas apa yang wajib dan apa yang sunat dalam solat agar ibadah kita bukan sahaja sah, tetapi juga sempurna dari segi pelaksanaannya.

Baca juga: PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung, Hukumnya Haram “Islam Larang Walau Suami Reda”

Sumber: Yazeed Hair Johari

FT Image: Persendirian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×