Isu ajaran Syiah sering menjadi perbincangan dalam kalangan umat Islam, terutamanya apabila ia berkait dengan akidah dan hubungan dengan pihak lain dalam konteks konflik.
Dalam bab akidah, kita tetap berbeza dengan mereka kerana Syiah tergolong dalam ahli bid’ah. Namun, dalam konteks strategi untuk melemahkan musuh Islam yang lebih zalim, dibolehkan untuk berkerjasama dengan mereka.
SOKONG IRAN TAPI AJARAN SYIAH, DIBOLEHKAN KE?

Menurut perkongsian Ustaz Azhar Idrus, jika rumah terbakar dan memerlukan bantuan dari orang kafir, maka dibolehkan kerana berada dalam situasi darurat.
“Kalau rumah terbakar, kita boleh minta bantuan bomba dari orang kafir. Tetapi kalau untuk solat, imam yang memimpin tidak boleh dari kalangan mereka. Ada perkara yang dibolehkan dalam situasi darurat, ada perkara yang tetap haram,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa perkara yang dibolehkan dan yang haram harus dibezakan mengikut konteks seperti membenarkan sokongan untuk menentang musuh yang mengancam umat Islam, walaupun pihak yang membantu bukan dari akidah yang sama.
Dalam ibadah dan akidah, sokongan atau pengikutannya tidak dibenarkan. Contohnya, imam solat dari kalangan orang kafir atau ahli bid’ah tidak boleh memimpin solat kerana kesannya terhadap sah solat tersebut.

“Dalam bab akidah tu, kita berperang dengan mereka. Kita tidak sama dengan mereka. Mereka ahli bid’ah. Faham? Tapi dalam bab bersatu untuk menentang musuh yang paling zalim, yang mengkhianati umat Islam, boleh,” tambahnya lagi.
Kesimpulannya, sokongan kepada pihak lain dalam konflik perlu dilihat dari dua sudut iaitu akidah dan kepentingan strategik. Dengan pemahaman yang betul, umat Islam dapat menentukan bila sesuatu tindakan dibolehkan atau tidak, tanpa menjejaskan prinsip agama.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua!
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh
