Euforia Bola 2026
Nur

Dilahirkan Berkulit Gelap Tapi Nak Ubah Jadi Putih, Sebelum Buat Ambil Tahu Hukum Putihkan Kulit!

putihkan kulit

Putihkan kulit merupakan rawatan yang biasa dilakukan oleh individu yang mendambakan warna tersebut. Maka, disebabkan itu produk untuk putihkan kulit semakin berlambak-lambak di pasaran kerana permintaannya yang tinggi.

Bagi orang Islam pula, terdapat hukum yang perlu anda ketahui dan patuhi sebelum bertindak untuk mencerahkan kulit. Hal ini kerana, terdapat cara yang dibenarkan dan dilaknat oleh Allah SWT.

Baca juga: Ketahui AKAD Yang Tepat Pinjam Barang Dalam Islam, Walaupun Hanya Sebatang Pen!

HUKUM PUTIHKAN KULIT

putihkan kulit

Gambar hiasan: Freepik

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sama ada anda mahu memutihkan kulit, menghitamkan rambut atau menegangkan wajah adalah dibolehkan. Islam itu memudahkan, jadi asal segala perkara adalah boleh.

“Cuma Islam adalah agama yang mengawal manusia, jangan sampai melebihi sempadannya. Dalam Islam bukan semuanya tak boleh.

“Jadi dalam soal memutihkan kulit ia juga dibolehkan tapi bukan dengan cara yang salah. Bagaimana yang salah? Iaitu cara tersebut mengubah ciptaan Allah” jelasnya.

Sebagai contoh seorang nelayan selalu turun ke laut hingga menyebabkan kulitnya menjadi hitam. Dia kemudiannya menggunakan sabun untuk mencerahkan kembali seperti warna asal.

Hukumnya harus kerana ia tidak mengubah ciptaan Allah, tetapi kembali kepada kulit yang asal.

Baca juga: Dr Ahmad Sanusi Tegur Video Artis & Pelajar Joget Di Sekolah, “Jangan Cemar Hari Raya Dengan Dosa”

Cara memutihkan kulit yang dilaknat

“Perkara yang tidak dibolehkan adalah contoh seperti orang yang berkulit hitam, menggunakan rawatan tertentu skin bleaching untuk memutihkan kulit mereka secara kekal yang mana mereka dulu hitam kini menjadi putih. Tindakan mengubah ciptaan Allah sebegini adalah dilaknat.

“Begitu juga sekiranya seseorang itu sedia ada mempunyai kulit yang hitam tapi kemudian menggunakan produk yang boleh menghakis kulit secara luaran untuk menghasilkan kulit yang putih. Hukumnya haram dan berdosa besar,” jelas beliau dalam video terbarunya di platform YouTube.

Baca juga: Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!

Cara memutihkan kulit yang dibolehkan dalam Islam

Katanya lagi, adalah dibolehkan jika seseorang itu kulit asalnya putih tapi disebabkan tidak menjaga kulit dengan baik ia berubah menjadi hitam.

Namun, disebabkan dia merawat semula kulitnya dan berhasil mendapatkan kulit putih yang asal, maka hukumnya harus.

“Tapi harus diingat cara yang dilakukan itu haruslah tidak membahayakan. Begitu juga jika seseorang itu menggunakan produk memutihkan kulit secara sementara. Ia dibenarkan, kerana yang dilarang adalah mengubah secara kekal,” tegas beliau.

Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!

Sumber: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

FT Image: Penulis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×