Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Melakukan Onani (Melan***) Di Siang Hari Ramadan, Boleh Terbatal Puasa Ke?

hukum onani ketika puasa

Hukum onani ketika puasa merupakan perihal yang perlu diketahui masyarakat Muslim. Hal ini kerana, taraf ilmu agama atau kefahaman seseorang itu adalah berbeza.

Umat Islam dituntut supaya menjaga kesucian bulan Ramadan dengan memelihara diri daripada melakukan perkara yang keji dan kotor. Perbuatan maksiat pada bulan Ramadan boleh menyebabkan ibadah puasa yang dilaksanakan menjadi sia-sia.

Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!

HUKUM ONANI KETIKA PUASA

hukum onani ketika puasa

Gambar: bedneyimages

Oleh itu, mereka perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mencemarkan kemuliaan bulan Ramadan dan wajib menghindarkan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

Dua cara onani tanpa persetubuhan

Onani atau turut dikenali sebagai melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani tanpa melakukan persetubuhan, sama ada dengan dua cara ini iaitu:

  • Haram seperti dia mengeluarkannya dengan menggunakan tangan;
  • Tidak haram seperti mengeluarkannya dengan menggunakan tangan isteri atau hambanya.

Hukum onani

Perbuatan Onani adalah haram menurut syarak berpandukan firman Allah SWT:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” Al-Mukminun (5-7)

Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa Imam al-Syafi’i berhujah ke atas pengharaman onani melalui ayat suci di atas. (Rujuk: Tafsir Ibnu Kathir, 5/463)

Selain itu, onani pada siang Ramadan juga boleh membatalkan puasa. Hal ini dinyatakan oleh Imam Khatib al-Syirbini:

“Puasa terbatal disebabkan (onani) kerana persetubuhan tanpa mengeluarkan mani membatalkan puasa, apatah lagi air mani dikeluarkan dengan cara yang mengandungi syahwat.” (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 2/159)

Malahan, Imam al-Nawawi turut menyatakan bahawa onani haram menurut kebanyakan ahli ilmu.(Rujuk: Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 16/421)

Kerosakan beronani kepada si pelaku

Imam al-Nawawi turut menukilkan pandangan ahli perubatan bahawa onani ialah kerosakan yang perlu ditegah kerana boleh:

  1. Menyebabkan keinginan untuk bersama menjadi kurang.
  2. Menjadikan seseorang itu tidak berasa puas melainkan dengan cara onani yang menjejaskan peranannya sebagai suami.
  3. Merosakkan fungsi kemaluan serta kemampuannya dalam hubungan perkahwinan.

Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!

Baca juga: Hukum Pancut Air Mani Di Luar Rahim Ketika Senggama, Islam Benarkan Ke?

Hukum onani ketika berpuasa

Onani pada siang Ramadan boleh membatalkan puasa. Imam Nawawi ada menyebut:

“Sekiranya seseorang beronani dengan tangannya iaitu mengeluarkan air mani, maka puasanya batal tanpa ada khilaf antara fuqaha mazhab al-Syafi’i.” (Rujuk: Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 6/322)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa perbuatan maksiat pada bulan Ramadan akan menyebabkan puasa yang dilaksanakan akan menjadi terbatal dan sia-sia.

Antara perbuatan yang boleh menyebabkan puasa terbatal termasuklah onani kerana ia adalah haram menurut syarak. Hal ini kerana, terdapat banyak kerosakan yang diperolehi si pelakunya.

Onani pada siang hari Ramadan juga bukan sahaja menyebabkan menjadi puasa sia-sia bahkan ia boleh menyebabkan puasa terbatal.

Umat Islam digalakkan menghidupkan bulan Ramadan dengan ibadah dan amal kebaikan seperti berzikir, membaca al-Quran, solat sunat dan sebagainya.

Baca juga: Di Majlis Keramaian, Islam Larang Duduk Semula Bila Selesai Makan & Ini Sebabnya!

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×