Sesetengah pasangan suami isteri memilih untuk merancang keluarga atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan diri. Namun, ada juga yang melakukannya kerana tidak mahu dikurniakan cahaya mata. Tindakan ini pastinya menjadi tanda tanya mengenai hukum merancang keluarga untuk elak dapat anak terutamanya dalam pandangan Islam.
Baca juga: PENTING! Baca Doa Ini Bila Dah Dapat Gaji, Benda Pertama Kena Buat
HUKUM MERANCANG KELUARGA UNTUK ELAK DAPAT ANAK

Secara umumnya, merancang keluarga boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
- Tahdid al-Nasal (تحديد النسل)
- Tanzim al-Nasal (تنظيم النسل )
Tahdid al-Nasal
– Jenis ini bererti mengehadkan atau menamatkan terus kemampuan pasangan untuk mendapat anak. Ramai tokoh sarjana Islam dan badan berautoriti berfatwa bahawa hukumnya adalah haram untuk melakukan perancangan keluarga jenis ini.
Hal ini kerana dalam Islam sendiri meggalakkan agar kita mendapatkan anak. Islam juga melarang manusia membunuh dan menggugurkan anak kerana faktor takutkan kefakiran, kemiskinan dan tidak cukup makan.
Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُم مِّنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.” (Surah al-An`am, 6:151)
Tanzim al-Nasal
– Jenis kedua ini pula adalah nermaksud menjarakkan anak bagi tujuan kestabilan keluarga dan mengelakkan caca merba dalam pengurusan rumah tangga.
Sesetengah ulama membenarkan untuk menjarakkan anak dengan iktikad bahawa jika Allah SWT kehendaki, dan tetap mendapat anak, maka itu adalah rezeki, hadiah dan amanah daripada-Nya.
Kesimpulannya, hukum merancang keluarga kerana tidak mahu anak seperti menjalani pembedahan untuk memandulkan diri adalah diharamkan kerana bercanggah dengan syariah Islam dan boleh dianggap sebagai menolak rezeki daripada Allah.
Dalam surah An-Nahl, ayat 72, Allah berfirman:
“Dan Allah menjadikan bagi kamu pasangan hidup daripada jenis kamu sendiri, dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan kamu itu anak-anak dan cucu-cucu, serta mengurniakan kepada kamu rezeki yang baik.”
Ayat ini menekankan pentingnya zuriat dalam kehidupan manusia sebagai sebahagian daripada rahmat dan nikmat Allah.
Merancang keluarga dengan niat sementara seperti menjaga kesihatan atau kesejahteraan rumah tangga adalah dibenarkan. Seeloknya, setiap keputusan melibatkan perancangan keluarga dibuat dengan penuh pertimbangan, perbincangan bersama pasangan, dan merujuk kepada panduan ulama atau ahli agama yang arif.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ibu-Ibu, Bila Masak Pastikan Cuci Ayam, Ikan & Daging Macam Ini. Elak Jadi Mutanajjis
