Pernah tak anda terfikir mengenai hukum menipu dalam Islam demi menutup aib sendiri, adakah ia dibenarkan atau sebaliknya?Seperti mana kita tahu, setiap aib adalah sesuatu yang perlu dijaga kerana bukan untuk dipertonton atau disebarkan.
Menutup aib adalah satu bentuk tanggungjawab moral dan juga tuntutan dalam agama agar kita saling memelihara maruah sesama manusia.
Baca juga: Senarai Tarikh Penting Dalam Bulan Zulhijjah 2025, Jangan Ada Yang Terlepas Pandang!
HUKUM MENIPU DALAM ISLAM UNTUK TUTUP AIB SENDIRI

Hal ini termasuklah menanyakan hal dosa peribadi seseorang kerana perbuatan itu haram dan termasuk dalam larangan Allah untuk mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain (al-tajassus) seperti dalam firman-Nya:
“Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka (supaya kamu tidak membuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain.” (Surah al-Hujurat: 12)
Selain itu, membuka aib sendiri dengan memberitahu dosa peribadi kepada orang lain pula juga haram jika dilakukan dengan perasaan bangga atau mengambil ringan tentang dosa yang dilakukan.
Ia boleh menyebabkan dosa tersebut tidak diampunkan sekiranya tidak bertaubat sebagaimana sabda Nabi SAW kerana risau akan mempengaruhi orang lain untuk turut melakukannya.
Berbalik kepada persoalan di atas, hukum menipu dalam Islam pula pada asalnya haram dan berdosa besar namun diharuskan menipu untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam kalangan orang yang mendedahkan dosa sendiri yang Allah telah tutup dengan syarat dosa itu tidak lagi didedahkan oleh orang lain.
Jika seseorang itu bertanya sehingga meminta untuk bersumpah pula, maka diharuskan untuk melakukan tauriah iaitu dengan menggunakan ayat yang mempunyai makna yang difahami oleh pendengar dengan jelas, tetapi sebenarnya yang dimaksudkan ialah perkara lain yang samar dan tersembunyi.
Seperti contoh: “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.
Walau bagaimanapun, hukum menipu dalam Islam ini adalah harus dengan syarat dosa tersebut tidak didedahkan orang lain dan tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain.
Perbuatan itu juga perlu diiringi dengan taubat yang sebenar-benarnya serta ikhtiar untuk meninggalkan dosa tersebut agar ia tidak menjadi alasan untuk terus melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi.
Baca juga: Kalau Selalu Rasa Seram Sejuk Dalam Rumah Sendiri, Amalkan Ayat Batal Sihir Ini Untuk ‘Lawan’!
