Euforia Bola 2026
Nur

Lelaki & Perempuan ‘Selamba’ Gurau Lucah Di Pejabat, Ringan Di Mulut, Tapi Berat Di Sisi Hukum..

GURAU LUCAH

Gurau lucah yang semakin dianggap biasa dalam interaksi di tempat kerja sebenarnya bukan sekadar soal ‘bergurau’ Ia melibatkan batas syarak, menjaga maruah, serta risiko fitnah antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Ramai tidak sedar bahawa gurau lucah walaupun dikatakan sekadar suka-suka boleh membawa kepada dosa, menjejaskan profesionalisme dan membuka pintu maksiat yang lebih besar.

Baca juga: Senarai Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026, Boleh ‘Take Note’ Dari Sekarang!

HUKUM GURAU LUCAH ANTARA LELAKI PEREMPUAN DI TEMPAT KERJA

GURAU LUCAH

Secara asasnya, pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan hanya apabila wujud keperluan yang munasabah seperti urusan pekerjaan, jual beli, pendidikan, muamalat seharian dan keadaan darurat.

Walau bagaimanapun, keharusan itu terikat kepada garis panduan yang telah ditentukan syarak, antaranya:

1. Tidak berkhalwat atau berdua-duaan tanpa keperluan mendesak. Rasulullah SAW menegaskan bahawa tidak boleh seorang lelaki bersama perempuan ajnabi kecuali ditemani mahramnya.

2.  Menutup aurat dengan sempurna, khususnya bagi wanita yang berdepan dengan lelaki bukan mahram.

3. Menjaga pandangan, tidak memandang dengan tujuan berseronok atau menimbulkan syahwat.

4. Tidak melunakkan suara atau bersikap manja, serta tidak menunjukkan lenggok tubuh yang boleh mengundang fitnah.

5. Tidak bersentuhan antara jantina, sebagaimana larangan jelas dalam hadis Baginda SAW.

Garis panduan ini bukan untuk menyusahkan, tetapi bertujuan menjaga kehormatan diri dan institusi kerja daripada gejala sosial serta unsur yang boleh membawa kepada zina.

Gurau lucah boleh mencetuskan rangsangan, gelak tawa berlebihan, sentuhan tanpa sengaja, atau pertemuan bersendirian, semuanya pintu kecil yang boleh membawa kepada dosa besar. Justeru, menjaga percakapan termasuk gurauan adalah sebahagian daripada menjaga maruah diri.

GURAU LUCAH

Syeikh Abdul Hamid al-Syarawani juga menyebutkan bahawa garis penentuan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharamkan berdasarkan situasi yang mengundang fitnah:

أَنَّ الْمَدَارَ فِي الْخَلْوَةِ عَلَى اجْتِمَاعٍ لَا تُؤْمَنُ مَعَهُ الرِّيبَةُ عَادَةً، بِخِلَافِ مَا لَوْ قُطِعَ بِانْتِفَائِهَا فِي الْعَادَةِ فَلَا يُعَدُّ خَلْوَةً

Maksudnya: “Sesungguhnya garis penentuan khalwat (yang dilarang) ialah perkumpulan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang tidak selamat daripada sebarang tohmah (fitnah dan syak wasangka) pada adat kebiasaannya, berbeza pula apabila dapat dipastikan perhimpunan (pertemuan) tersebut selamat daripada sebarang tohmah pada adat kebiasaannya, maka ia tidak termasuk dalam kategori khalwat (yang dilarang).”

Kesimpulannya, pergaulan lelaki dan perempuan di tempat kerja dibenarkan hanya dalam urusan yang perlu. Apa sahaja bentuk interaksi yang membuka ruang fitnah, termasuk gurauan lucah adalah dilarang dan perlu dijauhi.

Jadi, setiap orang perlu menjaga adab dan batas syarak adalah tanggungjawab setiap Muslim bagi melindungi diri, maruah dan hubungan sesama manusia..

Baca juga: Ramai Jemaah Akui Hati Rasa Lain Bila Di Madinah, Ternyata Ada Sebab Ketenangan Sukar Digambarkan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×