Euforia Bola 2026
Nur

Trend Inai Hitam Tulang ‘Gothic’ Jadi Kegilaan Anak Muda, Ulama Beri Teguran Cantik Tapi Kontroversi?

corak inai

Semakin tular dalam kalangan anak muda, corak inai pelik yang menjadi trend terkini.

Perkongsian daripada Yasmin Hanani menarik perhatian ramai apabila beliau memaparkan gambar-gambar corak inai moden yang menurutnya sangat pelik!

Baca juga: Tanggungjawab Siapa Bayar Zakat Fitrah Untuk Ibu Tunggal Kematian Suami? Mufti Jelaskan…

HUKUM CORAK INAI DI JARI

corak inai

Tangkap layar luahan kebimbangan Yasmin Hanani di Facebook.

Berdasarkan gambar dikongsikan, terdapat corak tulang yang dilukis di kawasan jari menggunakan inai berwarna hitam gothic. Malah, beliau juga meluahkan kebimbangan berkenaan inai yang digunakan untuk membuat corak seperti tatu (tattoo).

“Benda dunia asalnya mubah (harus) tapi jika menyerupai cara hidup orang bukan Islam maka tidak dibolehkan,” tulisnya lagi.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman Masuk Dewan Bedah, Rupanya Ada ‘Tudung OT’ Untuk Jaga Aurat Pesakit!

corak inai

Gambar perkongsian Yasmin Hanani.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum memakai inai bercorak

Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), inai adalah perhiasan khusus wanita dan mengharamkan lelaki daripada memakainya. Hal ini kerana, Allah SWT melaknat kaum lelaki yang meniru-niru kaum wanita.

Memerahkan jari-jari kaki dan tangan bagi wanita, sama ada menggunakan inai tradisional atau ‘cat’ moden adalah harus hukumnya. Sementara melukis gambar seperti haiwan di badan manusia, adalah haram kerana ia perbuatan orang kafir.

Namun, ulama-ulama moden ada yang berselisih pandangan berkenaan hukum pengantin wanita menginaikan tangannya dengan corak.

  1. Kata sebahagian ulama, apa-apa jenis corak sekalipun ia diharamkan kerana menyerupai bukan Islam.
  2. Manakala, pandangan yang kedua adalah lebih ringan. Jika corak itu bukan benda yang bernyawa, maka diharuskan. Jika benda bernyawa adalah diharamkan.

Berikutan itu, di dalam video ceramahnya UAI berkata, “Itulah sebenarnya khilaf ulama. Jadi, adalah lebih baik keluar dari khilaf ulama.”

Justeru itu, UAI menyarankan kaum wanita untuk berbalik kepada tradisi orang Melayu di Tanah Melayu ini yang hanya berinai merah sahaja bukan jenis melukis.

Di mana, pengantin wanita pada zaman 80an hanya seruas jari, manakala zaman 90an pula hanya dua ruas jari yang diinaikan merah.

Kaum wanita dinasihatkan untuk tidak mudah terikut-ikut trend berinai yang mempunyai unsur bercanggah dengan ajaran Islam dan juga tidak keterlaluan seperti tabarruj (berhias secara berlebihan).

Baca juga: Haid Berhenti Tengah Hari Ramadan, Boleh Terus Makan Atau Wajib Tahan Sampai Maghrib?

hukum corak inai

Gambar perkongsian Yasmin Hanani.

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Sementara itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan wanita yang sudah berkahwin disunatkan untuk memakai inai.

Menurut pandangan kedua dalam mazhab Syafii tangan wanita bukan aurat apabila berada di hadapan lelaki bukan mahram, selagi mana tidak menimbulkan fitnah. Maka, hukum wanita mempamerkan tangan yang terdapat inai adalah harus dan tidak haram.

Keharusan ini berdasarkan kepada pandangan sebahagian salaf seperti Ibn Abas dan sebahagian ulama seperti al-Mawardi dalam tafsirnya yang berpendapat bahawa inai di tangan adalah termasuk dalam perhiasan zahir yang boleh dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

Ibn Abas dalam sebahagian riwayat seperti yang disebutkan oleh Imam al-Tabari berpendapat,

Maksudnya: “Perhiasan yang zahir ialah wajah, celak mata, inai tapak tangan dan cincin”

Sumber: Facebook Yasmin Hanani Mohamad Sufian / YouTube Ustaz Azhar Idrus / Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Gemini AI / Yasmin Hanani Mohamad Sufian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×