Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Isteri ‘Bersama’ Tanpa Seurat Benang, Tak Sangka Ini Hukum Dalam Islam…

BERBOGEL KETIKA BERSETUBUH

Hubungan suami isteri dalam Islam bukan sahaja halal, bahkan dianggap ibadah apabila dilakukan dengan cara yang dibenarkan syarak. Namun, masih wujud kekeliruan dalam kalangan umat Islam terutamanya tentang perkara seperti hukum berbogel ketika bersetubuh.

Baca juga: Suami Jangan ‘Skip’ Cium 5 Bahagian Tubuh Isteri Ini, Baru Cinta Makin Mekar Setiap Hari!

HUKUM BERBOGEL KETIKA BERSETUBUH ANTARA SUAMI ISTERI

BERBOGEL KETIKA BERSETUBUH

Freepik

Terdapat anggapan dalam masyarakat bahawa hubungan intim suami isteri mesti dilakukan dalam keadaan gelap, dengan hanya membuka sedikit pakaian dan tidak boleh saling melihat aurat masing-masing.

Ada juga yang percaya memandang alat kelamin pasangan adalah haram. Namun, menurut Prof. Dr. Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat kepada Dr. Yusuf al-Qaradawi dari Universiti Qatar, kepercayaan-kepercayaan ini tidak disokong oleh dalil yang sahih.

Beliau menegaskan bahawa keumuman nas al-Quran dan hadis membolehkan pasangan suami isteri untuk melihat dan menyentuh seluruh tubuh antara satu sama lain.

Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan hamba sahaya milik mereka.” (Surah al Mu’minun, 23:5-6)

Hadis sahih juga meriwayatkan bahawa Aisyah RA berkata:

“Aku dan Rasulullah SAW pernah mandi bersama-sama dari satu bekas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka, adalah dibenarkan suami isteri berbogel antara satu sama lain ketika bersetubuh dan tidak salah untuk saling memandang aurat. Hubungan ini dilakukan dalam kerangka halal dan tiada batasan aurat antara suami isteri.

BERBOGEL KETIKA BERSETUBUH

Selain itu, al-Quran juga menjelaskan dengan jelas tentang hubungan intim suami isteri dalam Surah al-Baqarah ayat 223:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai ladang bagi kamu; maka datangilah ladang kamu itu bagaimana sahaja yang kamu sukai…”
(Surah al-Baqarah, 2:223)

Menurut Ibn Abbas RA, ayat ini memberi kebebasan kepada suami isteri untuk bersama dalam apa jua posisi yang selesa dan disukai, selagi mana dilakukan melalui saluran yang halal (faraj).

Dapat disimpulkan bahawa Islam tidak menyempitkan ruang hubungan suami isteri, malah membenarkan pasangan menikmati keindahan perkahwinan secara sihat, mesra dan terbuka, selagi tidak melanggar batas syarak.

Berbogel ketika bersetubuh antara suami isteri adalah diharuskan, begitu juga memandang aurat pasangan. Posisi hubungan intim juga bebas, asalkan dilakukan dengan penuh hormat dan kasih sayang.

Baca juga: Isteri Tunjuk Tanda-Tanda Ini Waktu ‘Bersama’? Itu Petanda Dah Klimaks, Barulah Puas!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Soal Jawab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×