Euforia Bola 2026
Nur

Fenomena Blind Box Makin Tarik Minat Pembeli, Tapi Apa Hukum Sebenarnya?

BLIND BOX

Blind box atau kotak misteri merupakan satu produk yang tidak diketahui barangannya secara spesifik. Ia dijual dalam pelbagai platform di media sosial yang juga dikenali dengan nama Kotak Teka-Teki.

Biasanya, pelanggan membeli barang melalui kaedah blind box, di mana setiap pembelian adalah dalam bentuk kotak tertutup yang mengandungi produk secara rawak. Dalam sistem ini, pelanggan tidak mengetahui secara tepat jenis atau model barang yang akan diterima sehingga kotak tersebut dibuka.

Baca juga: Ikhtiar Elak Penyakit Ain Untuk Perniagaan & Diri Sendiri, Bila Dah ‘Terkena’ Memang Sakit!

HUKUM BELI BLIND BOX MACAM TREND SEKARANG, BOLEH KE?

BLIND BOX

Secara asasnya transaksi jual beli mestilah jauh daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti perjudian dan pertaruhan. Barangan yang dijual juga mestilah jelas dan diketahui oleh pembeli.

Berdasarkan situasi yang disebut berkaitan pembelian blind box dari penjual, wujud elemen yang dilarang dan diharamkan dalam Islam iaitu gharar (ketidak pastian).

Selain itu, konsep pembelian blind box seperti ini dilihat menafikan serta mengabaikan hak pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar.

Gharar adalah elemen ketidakpastian atau keraguan dalam sesuatu transaksi. Jika pembeli tidak tahu apa sebenarnya yang dibeli, atau ada ketidaktentuan tentang barang yang akan diterima, maka terdapat unsur gharar yang boleh menyebabkan transaksi itu tidak sah dari sudut syarak.

Dalam hadis Nabi SAW, terdapat larangan terhadap jual beli yang mempunyai unsur gharar sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli yang ada unsur gharar. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Jadi dinasihatkan, agar mengelakkan jual beli blind box kerana sesuatu yang tidak jelas apa yang bakal diterima selain ia termasuk di dalam perkara yang dilarang oleh syariat.

Secara asasnya, bagi menentukan sesuatu jual beli atau perniagaan itu diterima oleh Syarak, ia hendaklah menepati dan memenuhi rukun dan syarat asas yang ditetapkan oleh Syarak.

Rukun-rukun jual beli adalah:

  • Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
  • Sighah Akad (Ijab dan Qabul)
  • Barang jualan dan harganya

(Rujuk: al-Mu’tamad Fi al-Fiqh al-Syafie, 3/15)

Baca juga: Selalu Tidur Kaki Menghadap Kiblat Dianggap Tidak Sopan Atau Dibolehkan? Ini Jawapannya…

Sumber: Mufti Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×