Menjadi tular di laman Tiktok apabila seorang wanita dikenali sebagai @nqhazrin mengeluarkan kenyataan ‘panas’ dengan mengatakan bahawa wanita yang membeli baju raya sebelum Ramadan adalah berdosa.
Jangan marah, kerana sebenarnya ada penjelasan lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan seperti di bawah.
Baca juga: Ustaz Tegur “Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Ibarat Penzina”, Memang Niat Nak Orang Puji
WANITA BELI BAJU RAYA SEBELUM RAMADAN BERDOSA? RUPANYA SEBAB INI…

Foto hiasan.
Sudah semestinya dalam Islam, sangat menitikberatkan soal aurat seorang wanita yang wajib dijaga terutamanya dari segi berpakaian. Jadi, menurutnya, hukum seorang wanita yang membeli baju raya sebelum Ramadan adalah berdosa SEKIRANYA, baju tersebut hanya mampu membalut aurat tetapi tidak mampu menutup aurat dengan sempurna.
Telah dinyatakan dalam hadis,
“Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” -(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Oleh yang demikian, menurut perkongsian Ustaz Dr. Idris Sulaiman, perlu ditegaskan bahawa terdapat 6 syarat yang wajib dipatuhi dalam berpakaian iaitu:
1.Menutup aurat
Lelaki: Pusat ke lutut
Perempuan: Seluruh tubuh badan kecuali wajah dan kedua telapak tangan.
2.Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan
Pakaian tidak boleh ketat khususnya pada bahagian aurat; sebaliknya hendaklah longgar.
3.Tidak jarang menampakkan kulit
Pakaian tidak boleh bersifat jarang sampai menampakkan warna kulit atau pakaian dalam.
4.Tidak menyerupai pakaian orang fasik atau kafir
Perlu dielakkan pakaian yang sinonim dengan pakaian orang fasik atau kafir, dan sebaiknya hendaklah ia menzahirkan identiti Muslim pemakainya.
5.Tidak memakai pakaian ‘syuhrah’
Iaitu pakaian yang bersifat lain daripada lain dan berbeza daripada pakaian biasa yang dipakai oleh orang-orang Islam. Contohnya pakaian yang bercorak-corak dan berwarna-warni (LGBT).
*Kesimpulannya, anda tidaklah dilarang untuk membeli baju raya awal cuma, perlu diberikan perhatian tentang aurat baju yang dibeli tersebut. Mana tahu, ada orang dalam bulan puasa secara tiba-tiba akan naik berat badan kerana makan banyak semasa berbuka puasa…
Baca juga: Yoga Adalah Amalan Ritual Agama Hindu, Presiden Yoga Nasihat Umat Islam Supaya TAK TERLIBAT!
Sumber: Tiktok @nqhazrin, Ustaz Dr. Idris Sulaiman
