Euforia Bola 2026
Nur

Hukum Sebenar Bapa Tiri Kahwin Anak Perempuan Tiri…Boleh Jadi Halal Atau Haram, Bergantung Syarat INI!

bapa tiri

Dalam kehidupan berkeluarga, ada situasi yang membawa kepada persoalan hukum agak rumit untuk difahami, terutama apabila melibatkan hubungan perkahwinan terdahulu dan status anak dalam keluarga baharu. Antara yang sering ditanya ialah kedudukan bapa tiri dalam Islam dan sejauh mana batas hubungan yang dibenarkan.

Baca juga: Ramai Keliru Sendawa Ketika Solat Boleh Batalkan Ibadah Tak? Ini Penjelasan Fiqh Untuk Rujukan

HUKUM BAPA TIRI BERKAHWIN DENGAN ANAK PEREMPUAN TIRI

bapa tiri

Gambar hiasan: Gemini AI

Hukum anak tiri dalam Islam dan dalil al-Quran

Dalam menjawab persoalan tersebut, dijelaskan bahawa di portal Zulkiflialbakri, status anak perempuan kepada seorang lelaki yang berkahwin dengan ibunya ialah anak tiri.

Namun, Islam menetapkan bahawa diharamkan secara ta’bid (selama-lamanya) ke atas seorang lelaki untuk berkahwin dengan anak perempuan tirinya jika dia telah menyetubuhi ibu kepada anak tersebut. Pengharaman ini kekal walaupun isteri tersebut telah meninggal dunia atau telah diceraikan.

Dalilnya adalah firman Allah SWT:

وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Dan (diharamkankan juga berkahwin dengan) anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).” (Surah al-Nisa’: 23)

Baca juga: Isu Wanita Pergi Misi Kemanusiaan, Memang Tak Salah Jadi Aktivis Tapi JANGAN Remehkan Suri Rumah Yang Tak Bersumud!

bapa tiri

Gambar hiasan: Gemini AI

Penjelasan ulama tentang status bapa tiri

Menurut penjelasan Ibn Kathir, yang dimaksudkan dengan ‘الرَّبِيْبَةُ’ ialah anak tiri perempuan yang tidak menjadi mahram secara automatik hanya kerana akad perkahwinan berlaku.

Kemahraman hanya terhasil apabila berlaku persetubuhan dengan ibu kepada anak tiri tersebut. Jika tidak berlaku persetubuhan, maka tiada larangan untuk berkahwin dengan anak perempuan itu selepas perceraian.

Selain itu, kaedah menyebut:

العَقْدُ عَلَى الْبَنَاتِ يَحْرُمُ الأُمَّهَاتِ وَالدُّخُولُ بالأُمَّهَاتِ يَحْرُمُ الْبَنَاتِ

Maksudnya: “Akad (nikah) dengan anak-anak perempuan mengharamkan ibu-ibu. Dan bersetubuh dengan ibu-ibu mengharamkan anak-anak perempuan.”

Kesimpulan hukum bapa tiri berkahwin dengan anak perempuan tirinya

Berdasarkan penjelasan tersebut, hukum berkaitan bapa tiri adalah jelas. Di mana, jika berlaku persetubuhan dengan ibu kepada anak tiri, maka anak perempuan tersebut haram dinikahi secara kekal.

Namun jika tidak berlaku persetubuhan, maka tiada pengharaman dari sudut hukum untuk berkahwin dengan anak tersebut selepas perceraian.

Dalam masa yang sama, dinasihatkan agar umat Islam mengambil pendekatan berhati-hati demi menjaga keharmonian keluarga dan mengelakkan konflik yang lebih besar dalam hubungan kekeluargaan.

Baca juga: Ramai Ingat Perkara Remeh, Rupanya Sunnah! Ini Cara Anyam Rambut Panjang Jenazah Wanita Dengan Betul

Sumber: Portal Dr. Zulkifli Al-Bakri

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×