Pihak polis telah merakam keterangan daripada enam orang saksi berhubung dakwaan kes hubungan istimewa seorang guru dan pelajar 12 tahun di sebuah sekolah terletak di Dengkil, Sepang.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya telah merampas telefon bimbit milik mangsa dan suspek untuk tujuan siasatan lanjut.
Baca juga: Viral Video Wanita Solat Tarawih Sambil Pegang Telefon, Mufti Jelaskan Hukumnya. “Boleh Tapi …”
HUBUNGAN ISTIMEWA GURU & MURID 12 TAHUN

Enam saksi berkenaan adalah mangsa, bapa mangsa, guru dan juga murid.
“Polis telah rakam keterangan enam saksi iaitu mangsa, bapa mangsa, guru, dan juga murid. Polis telah rampas telefon bimbit milik suspek dan mangsa,” jelasnya.
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap mangsa, dia tidak mempunyai sebarang masalah disiplin di sekolah dan dikatakan mempunyai pretasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Siasatan terhadap suspek mendapati bahawa guru tersebut telah berkhidmat selama lima tahun dan merupakan seorang duda yang mempunyai tiga anak.
Pihak polis menjelaskan proses siasatan hampir selesai dan sedang menunggu laporan perubatan sebelum diserah kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, bapa kepada mangsa mendakwa guru lelaki berkenaan mempunyai hubungan istimewa bersama anaknya.
Perkara itu selepas menyedari anak perempuannya kerap berhubung dengan guru berusia 30-an itu melalui aplikasi TikTok, Love8, dan WhatsApp dalam keadaan mencurigakan.
Bapa mangsa menjelaskan bahawa perbualan antara kedua-dua pihak itu tidak mencerminkan hubungan seorang guru dan murid.
Baca juga: Pelajar Lelaki Meninggal Dunia Selepas Merentas Desa, Rebah Di Garisan Penamat…
Sumber: Buletin TV3
