Memasuki Ramadan 1447H, carian mengenai resort dan hotel halal semakin meningkat apabila ramai yang mahu memastikan premis penginapan dan lokasi berbuka puasa mempunyai pengesahan sah.
Terbaharu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai hotel dan resort yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk rujukan pengguna.
SENARAI RESORT DAN HOTEL HALAL JAKIM

Gambar hiasan: Gemini AI
Perkongsian itu dibuat menerusi hantaran Threads rasmi @myjakim sebagai panduan khususnya sepanjang bulan Ramadan.
Menurut JAKIM, senarai ini melibatkan hotel dan resort Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setakat 16 Februari 2026 bagi edisi Wilayah Utara seperti:
- Perlis
- Kedahi
- Pulau Pinang
- Perak
Langkah ini dilihat dapat membantu pengguna:
- Membuat pilihan premis diyakini halal
- Merancang lokasi berbuka puasa atau iftar korporat
- Menempah penginapan dengan lebih yakin
- Mengelakkan kekeliruan status halal
Kepentingan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) merupakan pengiktirafan rasmi yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi memastikan sesuatu premis memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.
Pensijilan ini merangkumi aspek seperti:
- Sumber bahan mentah
- Proses penyediaan makanan
- Kebersihan dan pengendalian
- Sistem pengurusan halal premis
Dengan adanya rujukan rasmi seperti ini, pengguna khususnya umat Islam dapat membuat keputusan berdasarkan maklumat sah dan terkini.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status halal sesebuah premis melalui saluran rasmi JAKIM bagi mendapatkan pengesahan yang tepat.
SENARAI RESORT & HOTEL HALAL JAKIM BAGI WILAYAH UTARA 2026
1. KEDAH & PERLIS

2. PULAU PINANG

3. PERAK

Baca juga: Sentuhan Ramadan Ee Wei Curi Perhatian, Bina Replika Kaabah & Beri Ucapan Ringkas Dipuji Peminat
Sumber: Threads @myjakim
FT Image: Gemini AI
