Euforia Bola 2026
Percutian

Ingatkan Hantu, Rupanya Ada Perempuan Asing ‘Sedap’ Tidur Dalam Bilik Hotel.. Wanita Kongsi Detik Cemas!

hotel di langkawi

Seorang wanita berkongsi pengalaman mengerikan ketika menginap di sebuah hotel di Langkawi apabila bilik yang ditempahnya diceroboh oleh seorang tetamu tidak dikenali!

Lebih mengejutkan orang ramai adalah, individu itu ditemui sedang tidur di katilnya tanpa sedar seolah-olah tiada apa yang berlaku. Macam mana boleh terjadi?

Baca juga: Momen ‘Rare’! Dua Wanita Malaysia Tiba-Tiba Jadi Peserta Running Man Secara Spontan, Netizen Bangga!

BILIK HOTEL DI LANGKAWI DICEROBOH ‘LEMBAGA’ ASING, SIAP TIDUR ATAS KATIL

hotel di langkawi

Menurut wanita di laman Tiktok, dia dan pasangan menempah dua bilik (310 dan 312) untuk dua malam. Pada hari kedua, mereka keluar sekitar jam 3.15 petang selepas meninggalkan kedua-dua bilik dalam keadaan berkunci serta meletakkan tanda “clean up room” di hadapan pintu.

Katanya, kad akses tambahan turut ditinggalkan di dalam bilik supaya penghawa dingin terus terpasang. Namun, ketika pulang ke hotel sekitar 11.30 malam, mereka terkejut mendapati pintu bilik 312 tidak berkunci, malah selak pintu berada dalam keadaan aneh.

“Saya buka pintu bilik dan betul-betul terkejut bila nampak ada perempuan tidur di atas katil saya. Ingatkan hantu sebab dah tengah malam. Memang trauma,” katanya.

Suaminya segera menghubungi pihak hotel namun hanya seorang staf bertugas ketika itu, sebelum dua pengawal keselamatan datang bersama kerusi roda. Tapi, mereka tidak berani menyentuh wanita asing itu kerana polisi hotel. Selepas beberapa jam barulah identiti wanita berkenaan dikenal pasti sebagai tetamu dari bilik 315. Difahamkan, dia pulang dalam keadaan mabuk sekitar jam 10 malam sebelum tersalah masuk bilik 312 yang tidak dikunci!

Mangsa mengaku kecewa dengan cara pihak hotel menangani insiden tersebut kerana pada awalnya, mereka hanya ditawarkan pilihan sama ada berpindah bilik atau sekadar menukar cadar. Disebabkan terlalu penat seharian berjalan dan malas untuk berkemas semula, pasangan itu memilih cadar ditukar.

“Bayangkan tidur balik di bilik yang ada orang asing baring sebelum tu. Memang meremang,” ujarnya.

Hotel Akhirnya Mengaku Salah

hotel di langkawi

Keesokan harinya, pasangan itu menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan. Pada mulanya, mereka seolah-olah dipersalahkan, sebelum akhirnya pengurus bersama penyelia housekeeping mengakui kecuaian staf.

Rupa-rupanya, selepas bilik dibersihkan, penyelia housekeeping terlupa mengunci semula pintu semasa membuat pemeriksaan akhir. Hal itu menyebabkan wanita mabuk dari bilik 315 dengan mudah masuk ke bilik 312 tanpa halangan. Mangsa turut meminta untuk melihat rakaman CCTV, namun ditolak dengan alasan perlu membuat laporan polis. Disebabkan tiada barang berharga yang hilang dan mereka perlu bergegas daftar keluar, laporan tidak dibuat.

Wanita itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan. Lebih mengecewakan, pihak hotel hanya menawarkan diskaun penginapan untuk kunjungan seterusnya sebagai ‘ganti rugi’.

“Nasib baik kami sabar dan tak mengamuk depan staf. Tapi bayangkan kalau jadi pada orang lain, balik bilik tengah malam tiba-tiba ada orang tidur atas katil? Mana boleh rileks,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barang berharga di bilik hotel kerana kejadian seumpama ini boleh berlaku tanpa diduga. Risau!

@pumpkinishhh Resort paling teruk pernah stay and i would never stay here lagi. Balik berjalan nak tido, sekalii ada orang tido bilik. #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Baca juga: Bawa 9 Hantaran, Pulang 8 Saja…Bunga Telur Buatan Tangan Ibu ‘Lesap’ Ketika Majlis, Keluarga Pengantin Tak Halal!

Sumber: Tiktok @pumpkinishhh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×