Bagi penggemar hidangan hotel buffet dan pastinya mencari yang mempunyai sijil halal JAKIM, di bawah ini penulis ada kongsikan untuk Wilayah Selantan serta Pantai Timur.
Maklumat ini memberi panduan mudah kepada pembaca untuk memilih hotel buffet yang sesuai sambil memastikan sajian yang disediakan mematuhi piawaian halal.
Baca juga: Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor Kembali Awal Februari, Hanya Setahun Sekali Untuk Cuba!
HOTEL BUFFET DI WILAYAH SELATAN & PANTAI TIMUR ADA SIJIL HALAL
Berikut merupakan senarai penuh:
Wilayah Selatan (Southern Region)
Melaka

Melaka mencatatkan 34 hotel bufet halal, terutamanya di kawasan Melaka Tengah dan Alor Gajah. Negeri ini terkenal dengan pelbagai hotel bertaraf antarabangsa dan tempatan yang menawarkan hidangan bufet memenuhi piawaian halal.
Johor

Johor juga mempunyai 34 hotel bufet bersijil halal, Termasuk di kawasan strategik seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai, dan Mersing. Pilihan ini sesuai bagi pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati sajian bufet halal berkualiti tinggi.
Wilayah Pantai Timur (East Coast Region)
Pahang


Pahang mencatatkan bilangan hotel buffet halal paling tinggi di Pantai Timur, iaitu 49 hotel. Antara lokasi yang terkenal termasuk Kuantan, Bentong, Kuala Lipis, Cameron Highlands, Rompin, Raub, Maran, Temerloh, Jerantut, dan Pekan. Hotel-hotel ini menawarkan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan hingga antarabangsa, sesuai untuk percutian keluarga.
Terengganu

Negeri ini mempunyai 21 hotel buffet bersijil halal dengan tumpuan utama di Kuala Terengganu, Setiu, Dungun, Besut, Kuala Nerus, dan Kemaman. Hotel-hotel di Terengganu menekankan sajian makanan laut segar dan masakan tradisional Pantai Timur yang halal.
Kelantan

Kelantan menawarkan 15 hotel buffet halal termasuk di Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, dan Gua Musang. Selain sajian tempatan yang kaya dengan rempah ratus, hotel-hotel di Kelantan juga memberi penekanan kepada penyediaan makanan yang mematuhi piawaian halal.
Dengan adanya panduan rasmi sebegini, pengguna Islam dapat membuat pilihan dengan yakin berdasarkan maklumat yang sahih dan terkini.
Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk terus kepada saluran rasmi JAKIM bagi memastikan status halal sesebuah premis adalah tepat dan terkini.
Sumber: Threads MyJAKIM
