Dalam memilih premis penginapan dan lokasi berbuka puasa, aspek sijil halal JAKIM perlu diberi keutamaan pleh umat Islam di Malaysia.
Justeru, sempena ketibaan Ramadan 1447H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai terkini hotel dan resort yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebagai rujukan pengguna.
Baca juga: Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor Kembali Awal Februari, Hanya Setahun Sekali Untuk Cuba!
ADA SIJIL HALAL JAKIM, SENARAI HOTEL DI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN & NEGERI SEMBILAN
Senarai ini boleh dijadikan rujukan khususnya buat mereka yang merancang untuk berbuka puasa di hotel, menghadiri majlis korporat Ramadan, atau bercuti bersama keluarga.
Bagi negeri Selangor, hotel dan resort yang tersenarai meliputi beberapa daerah seperti:
- Petaling
- Hulu Langat
- Hulu Selangor
- Sepang
- Klang
- Gombak
- Kuala Langat
Antara nama hotel yang tersenarai termasuk hotel-hotel rangkaian antarabangsa serta hotel tempatan yang sering menjadi pilihan untuk bufet Ramadan dan majlis berbuka puasa.


Hotel & Resort Pemegang SPHM Di Wilayah Persekutuan
Selain Selangor, senarai turut melibatkan hotel di Wilayah Persekutuan seperti:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
Di Kuala Lumpur sahaja, puluhan hotel tersenarai sebagai pemegang SPHM yang sah. Ini termasuk hotel perniagaan, hotel lima bintang serta hotel servis apartmen yang menawarkan kemudahan makanan dan minuman bersijil halal.


Di Negeri Sembilan pula merangkumi:
- Seremban
- Port Dickson
- Kuala Pilah

Sijil halal JAKIM merupakan pengiktirafan bahawa premis berkenaan mematuhi standard halal yang ditetapkan dari segi sumber bahan mentah, proses penyediaan makanan, kebersihan dan pengendalian serta pengurusan dapur serta rantaian bekalan
Sepanjang Ramadan, permintaan terhadap bufet berbuka puasa dan katering hotel meningkat dengan ketara. Justeru, semakan terhadap status halal premis adalah langkah penting bagi memastikan keyakinan dan ketenangan pengguna Muslim.
Orang ramai digalakkan untuk menyemak maklumat terkini melalui portal rasmi halal Malaysia atau menghubungi pihak hotel bagi mendapatkan pengesahan lanjut sebelum membuat tempahan.
Semoga perkongsian senarai hotel dan resort pemegang SPHM ini membantu pengguna membuat pilihan yang tepat dan diyakini halal, khususnya sepanjang Ramadan 1447H.
Ramadan bukan sekadar tentang juadah berbuka, tetapi juga tentang memastikan setiap rezeki yang dinikmati adalah bersih dan diyakini.
Baca juga: Ini 5 Lapangan Terbang Paling Kecut Perut, Juruterbang Pun Tak Senang Duduk Bila Nak ‘Landing’!
Sumber: MyJAKIM
