Euforia Bola 2026
Percutian

Tilam & Cadar Rosak Akibat Tompokan Merah Menggelikan, Pemilik Homestay Kongsi Pengalaman Buruk Penyewa Dari Neraka!

homestay cantik

Kisah ini mengejutkan orang ramai apabila seorang pemilik homestay cantik tidak menyangka pengalaman menyewakan rumah kepada tetamu bertukar menjadi mimpi ngeri yang sukar dilupakan!

Menurut perkongsian di laman Facebook dari pemilik homestay, Carie Tan, mereka terpaksa menanggung kerugian besar selepas tukang cuci menemui tompokan merah seperti darah yang mencurigakan di atas tilam ketika proses pembersihan dilakukan.

Baca juga: Ini 7 Pilihan Terbaik Pakej Umrah + Ziarah Mesra Keluarga, Siap Hotel Dekat & Sesuai Untuk Bawa Anak Kecil

HOMESTAY CANTIK TAPI PENYEWA TINGGALKAN DALAM KEADAAN YANG TERUK, ADA TOMPOKAN DARAH!

homestay cantik

Foto: Carie Tan

Apa yang lebih mengejutkan, bau daripada tompokan tersebut tidak terlalu kuat seperti darah, namun cukup menggelikan sehingga semua barangan terlibat terpaksa dibuang.

“Hendak kata darah, baunya tidak terlalu kuat. Tapi keadaannya sangat menjijikkan. Akhirnya kami tiada pilihan selain membuang tilam, cadar dan bantal,” luah Carie.

Menurut Carie, mereka sebenarnya telah cuba menghubungi penyewa tersebut sejurus selepas insiden itu dikesan. Namun malangnya, mesej yang dihantar hanya dibaca (ghosting) tanpa sebarang balasan. Lebih menyedihkan, kejadian ini berlaku selepas permintaan tetamu untuk melanjutkan penginapan sehari lagi tidak dapat dipenuhi kerana homestay telah mempunyai tempahan lain.

“Kami sedang melalui masa yang sukar. Tetamu minta lanjut sehari, tapi kami tak boleh penuhi sebab sudah ada tempahan. Tak sangka pula ini yang kami terima,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa jijik dan ada juga yang mengatakan bahawa ini merupakan darah keguguran. Bukan itu sahaja, ada juga netizen dari kalangan ‘non muslim’ mengatakan ini merupakan tumpahan alkohol jenis Red Wine.

Platform Hanya Tawar Pampasan RM150, Jangan Salahkan Tuan Rumah Kalau Kenakan Deposit

homestay cantik

Foto: Carie Tan

Ramai yang menyarankan agar Carie menuntut pampasan atau membuat tuntutan insurans melalui platform tempahan. Namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Platform berkenaan hanya menawarkan pampasan maksimum sekitar RM150, jumlah yang langsung tidak mencukupi untuk menampung kerosakan sebenar.

“Tilam, cadar dan bantal semuanya rosak. Pampasan RM150 memang tak masuk akal. Kami terpaksa tanggung semuanya sendiri,” katanya lagi.

Tanpa berlengah, Carie membersihkan keseluruhan bilik, melakukan pembasmian kuman, dan mengatur penghantaran tilam baharu dengan segera demi memastikan keselesaan tetamu seterusnya tidak terjejas. Namun segala kos dan kesan emosi terpaksa ditanggung sendiri.

“Itulah pengakhirannya. Kami telan saja semua kerugian,” katanya dengan nada pasrah.

Insiden ini menjadi pengajaran besar buat Carie dan juga pemilik homestay lain. Katanya, inilah sebab mengapa sesetengah tuan rumah mengenakan deposit kepada tetamu.

“Jadi, jika anda menginap di homestay, jangan salahkan tuan rumah kerana mengenakan deposit. Kami sudah terlalu banyak melalui perkara seperti ini,” jelasnya.

Walaupun diuji dengan pengalaman pahit, Carie menegaskan mereka tetap komited menjaga kebersihan dan kesempurnaan homestay demi keselesaan setiap tetamu.

“Kami jaga homestay kami sebaik mungkin supaya semua orang selesa. Kami cuma berharap tetamu menghargai rumah kami seperti rumah mereka sendiri..” tulisnya.

Kisah ini nyata membuka mata ramai bahawa di sebalik senyuman tuan rumah, ada risiko dan pengorbanan besar yang jarang diketahui. Kalau anda sekeluarga tinggal di homestay sempena cuti sekolah ini, pastikan keluar dalam keadaan rumah yang bersih ya!

Baca juga: 7 Resort Mesra Kanak-Kanak Paling Popular Di Pantai Timur Malaysia, Anak Gembira Ibu Ayah Pun Lega!

Sumber: Carie Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×