Euforia Bola 2026
Kini Trending

Hegira Raikan Pembukaan Butik Baharu — Syurga Tudung Sarung Moden di AEON Mall Shah Alam

Jenama hijab moden tempatan yang kian mencuri perhatian, Hegira, baru sahaja melancarkan butik berwajah baharu mereka di AEON Mall Shah Alam.

Dengan konsep yang lebih moden, luas dan segar, butik ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang bukan sahaja selesa, malah penuh gaya!

Butik Baharu, Aura Baharu

Masuk sahaja ke butik Hegira yang serba baharu ini, anda akan terus merasai vibe yang berbeza. Lebih moden, tenang dan eksklusif.

Susun atur ruang yang lebih luas, pencahayaan lembut serta sentuhan dekorasi minimal tetapi elegan menjadikan setiap sudut terasa menenangkan dan memikat.

Di sebalik pembaharuan ini, berdirinya Suri Daman, pengasas dan CEO Hegira, bersama sokongan penuh ENDA Group di bawah pimpinan GCEO, En Munzir bin Aminuddin.

Pembukaan ini bukan sekadar ‘makeover’ biasa, tetapi tanda komitmen Hegira untuk terus memberikan yang terbaik buat wanita dari segi gaya, keselesaan dan pengalaman keseluruhan.

Untuk Wanita Seluruh Negara

Butik Hegira ibarat syurga tudung sarung (Slip On) untuk peminat gaya moden. Setiap rekaan tampak eksklusif, daripada pilihan ringkas harian hingga elegan untuk majlis, mudah disarung, selesa dan serasi untuk wanita pelbagai peringkat umur termasuk remaja, profesional dan ibu aktif.

Ditubuhkan pada tahun 2018 dan berpusat di Senawang, Negeri Sembilan, Hegira bukan sekadar menghasilkan hijab, malah mereka mencipta penyelesaian bermakna untuk wanita bertudung.

Yang menariknya, setiap helaian hijab Hegira direka dan dijahit sepenuhnya oleh pasukan tempatan seramai lebih 140 orang, termasuk  ibu tunggal, komuniti B40 dan pencari nafkah utama keluarga.

Setiap koleksi dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kasih sayang, mencerminkan semangat wanita yang tabah serta berdikari. Sama seperti nilai yang Hegira perjuangkan sejak awal penubuhannya.

Inovasi Yang Menyederhanakan Gaya

Siapa yang pernah mencuba tudung Slip On Hegira, pasti tahu betapa mudahnya ia digayakan.

Rekaan ikonik ini nampak seperti shawl elegan, tetapi sebenarnya tidak memerlukan pin, jarum atau masa yang lama untuk bersiap. Mudah, cepat dan tetap menawan kerana Hegira percaya, wanita moden tidak perlu bersusah payah untuk tampil yakin dan bergaya.

Pasukan R&D dalaman Hegira sentiasa bereksperimen dengan fabrik, teknik jahitan dan bentuk baharu supaya setiap koleksi bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga praktikal serta selesa dipakai sepanjang hari.

Setiap helaian tudung direka sebagai simbol penghargaan kepada wanita yang tidak pernah berhenti berusaha, yang terus melangkah dengan yakin walaupun dunia sering menguji.

Makin Luas, Makin Dekat

Kini, Hegira sudah mempunyai 12 butik di seluruh Malaysia, termasuk di IOI City Mall Putrajaya, Alamanda Shopping Center, Putrajaya, SOGO Kuala Lumpur, AEON Mall Kota Bharu dan Bandar Baru Uda Johor Bahru.

Dari wanita untuk wanita, setiap helaian hijab Hegira bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi juga lambang keyakinan, kekuatan dan kasih yang tiada batas.

Untuk sebarang promosi dan maklumat terkini Hegira anda boleh ikuti laman Instagram mereka di SINI.

Sementara buat pembelian secara atas talian pula, anda boleh layari laman web mereka di https://hegirahijab.com/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×