Euforia Bola 2026
Asuh

Baru Usia 6 Tahun, Anak Eyra Hazali Lancar Baca Surah Ad-Dhuha…Ramai ‘Cop’ Hayder Jadi Menantu!

ANAK EYRA HAZALI

Anak Eyra Hazali, Muhammad Hayder Qhalish, mencuri perhatian ramai apabila berjaya membaca surah Ad-Dhuha dengan lancar pada usia enam tahun.

Rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok Kinder Hive menunjukkan Hayder memperkenalkan diri dengan penuh yakin sebelum memulakan bacaan al-Quran.

Baca juga: Jangan Sesekali ‘Bersama’ Depan Anak Walau Si Kecil Tidur, Masuk Dalam Memori Anak Boleh Jadi Trauma!

ANAK EYRA HAZALI LANCAR BACA SURAH AD-DHUHA, HEBATNYA

ANAK EYRA HAZALI

“Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Saya mahu membaca surah Ad-Dhuha,” ujarnya tanpa takut.

Aksi anak sulung Eyra dan Haziq ini jelas mempamerkan keyakinan dan penghayatan, walaupun usianya masih muda. Kelancaran bacaan Hayder menarik perhatian ramai, terutamanya ibu bapa dan pendidik yang berharap agar anak-anak muda semakin mencintai al-Quran sejak dari kecil.

Pihak sekolah yang terlibat turut mengulas bahawa usaha kecil ini dapat menjadi titik permulaan dalam membentuk generasi muda yang menyayangi al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan kitab suci sebagai panduan hidup mereka.

Rakaman video ini kemudian menjadi tular di media sosial, menarik pelbagai pujian daripada netizen yang kagum dengan kebolehan dan disiplin Hayder.

“Alhamdullilah. Hayder hebat pandai. Semoga berjaya di dunia dan akhirat serta jadi kebanggan ibu ayah. Tahniah Hayder anak soleh,” komen pengguna media sosial.

ANAK EYRA HAZALI

Kejayaan Hayder membaca surah dengan lancar pada usia muda ini dilihat sebagai contoh inspirasi bagi ibu bapa lain untuk menanam minat membaca al-Quran dalam kalangan anak-anak mereka sejak kecil, selain menjadi satu pencapaian peribadi yang mengharumkan nama keluarga dan masyarakat.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 1 November 2019. Selain Hayder, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang lain, iaitu Muhammad Endra Haqimie, 4 tahun dan Muhammad Hud Ezqandar, 2, yang juga sering menjadi tumpuan warganet atas gelagat comel mereka.

@kinderhive.hq

✨ Aktiviti Nuzul Al-Quran KinderHive®️ ✨ Sempena menyambut Nuzul Al-Quran, anak-anak KinderHive di seluruh cawangan bersama-sama menghafaz surah-surah pilihan daripada Al-Quran. Alhamdulillah, semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. 🤍 #KinderHive #IslamicEducationHive

♬ original sound – KinderHive HQ – KinderHive HQ

Baca juga: “Jangan Percaya Janji Manis” – Sultan Pahang Titah Wanita Lebih Waspada, Elak Tergesa-Gesa Kahwin Warga Asing

Sumber: TikTok Kinder Hive

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×