Euforia Bola 2026
Sihat

Naik Syahwat Bila Tengok Objek Atau Barang Tertentu, Rupanya Ini Penyakit Objectophilia!

hawa nafsu

Pernahkah anda mendengar tentang seseorang yang mempunyai hawa nafsu terhadap objek-objek di sekelilingnya, yang bukan sahaja dari segi emosi tetapi meliputi peringkat seksual. Di mana, ada ketikanya hawa nafsu dan emosi golongan ini mampu menjadi kucar-kacir sehingga ada yang rasa tertarik dan ingin dengan sesuatu yang sangat ganjil.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai objectophilia dan pandangan Islam mengenai penyakit ini, ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Kerap Korek Hidung Sampai Salur Darah Pecah, Lelaki Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Kecemasan

HAWA NAFSU SEKSUAL KEPADA OBJEK

hawa nafsu

Gambar: Freepik

Menurut sumber, objectophilia merupakan kecenderungan seseorang yang sangat aneh kepada objek-objek di sekeliling.

Ia bermakna, keinginan penghidap objectophilia bukan setakat pada peringkat emosional, malahan mempunyai hubungan dengan objek pada peringkat seksual.

Kajian menunjukkan terdapat beberapa punca utama kenapa seseorang mula menunjukkan minat untuk mempunyai keinginan seksual terhadap objek. Antaranya seperti berikut:

  1. Penghidap objectophilia mahukan hubungan yang bergerak satu hala tanpa perlu melayan kerenah pasangan.
  2. Dibesarkan semasa kecil dalam suasana kurang sihat yang merencatkan perkembangan minda penghidap objectophilia.

Baca juga: 2 Dekad Lelaki Ini Minum Air Manis, Kini Sehari WAJIB Telan 7 Pil & Ada Peluang Mati Andai Terlupa!

Malah, kajian yang dijalankan terhadap penghidap objectophilia juga menunjukkan kecenderungan untuk mereka hidup dalam suasana isolasi (menyendiri). Kesan daripada hidup menyendiri akan menyukarkan mereka daripada membentuk hubungan dengan manusia secara normal.

Bahkan, psikologi juga akan terganggu, membentuk rasa malu yang melampau, suka bersendirian, kurang selesa di dalam kelompok ramai dan tidak mahir berkomunikasi.

Jadi, bagi mengisi kekosongan hidup mereka mula mencari peneman dalam bentuk objek yang mematuhi syarat hidup mereka dan seterusnya membina hubungan dengan objek-objek tersebut sebagai jalan penyelesaian.

Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

Pandangan Islam terhadap objectophilia

Objectophilia atau objectum sexuality (OS) ialah satu penyakit mental yang mana pesakitnya perlu dirujuk dan dirawat oleh pakar-pakar psikiatri yang berkeahlian bagi memulihkannya kembali kepada keadaan yang normal.

Hal ini kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah yang diciptakan oleh Allah SWT terhadap manusia.

Selain itu, perbuatan melihat dan memandang sesuatu objek yang tidak bernyawa (al-jamadat) dengan bersyahwat hukumnya adalah haram.

Begitu juga jika perasaan tersebut menjadikan seseorang melakukan persetubuhan atau ‘berkahwin’ dengan objek yang dicintainya tersebut dengan sengaja, maka hukum perbuatan tersebut juga adalah perbuatan yang haram dan berdosa.

Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!

Sumber: Portal Iluminasi / Portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×