Daging harimau menangis merupakan menu paling popular di sekitar Thailand. Selain menggunakan daging, anda juga boleh cuba buat ayam harimau menangis seperti perkongsian di bawah.
Resepi ini sesuai untuk anda yang tidak meminati daging lembu atau kerbau. Cara membuatnya juga mudah dan hasilnya memang sedap tak terkata!
Baca juga: Resepi Kuih Puteri Ayu Tradisional, Terlajak Lembut & Pasti Gebu!
HARIMAU MENANGIS VERSI AYAM, SEDAP TAK TERKATA

Bahan perapan ayam:
- Isi ayam bahagian isi paha atas, bawah dan dada
- Akar ketumbar
- Bawang putih
- Gula perang
- Sos ikan
- Kicap pekat
- Lada sulah/hitam
- Minyak
Cara-cara penyediaan:
– Kisar semua bahan di atas dan lumurkan pada ayam. Perap sekurang-kurangnya selama 3 jam.
– Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak.
– Untuk masak, panaskan non stick pan terlebih dahulu dan letak minyak sikit.
– Bakar dengan api kecil sahaja supaya ayam masak sekata.
Bahan-bahan sos:
- Sos ikan secukupnya
- Air asam jawa
- Perahan limau nipis
- Gula kabung/nisan Thai
- Serbuk cili kasar
- Beras goreng
- Daun ketumbar (cincang)
- Akar ketumbar (cincang)
- Cili padi (cincang)
- Bawang merah (cincang)
- Bawang putih (cincang)
Cara-cara penyediaan:
– Cincang daun ketumbar, akar ketumbar, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
– Kemudian masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan bahan yang lain.
– Kuantiti bahan mengikut kesesuian yang anda inginkan. Sekiranya ingin dalam kuantiti banyak, lebihkan semua bahan di atas.
– Sedia untuk dihidangkan dan boleh cicah bersama ayam harimau menangis.
Sedap tak terkata dan selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Kek Pisang Coklat Sukatan Cawan, Moist Macam Mak-Mak Buat!
Sumber: Facebook Nur Safura
