Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan dua orang pemuda berdepan detik cemas apabila ‘terjumpa’ harimau dalam hutan ketika sedang memancing.
Menerusi video berdurasi 2 minit itu, Nazrie Iskandar dan rakannya sedang peka memancing namun dikejutkan dengan kedatangan pak belang.
Baca juga: “Sanggup Pergi Tandas Awam…” – Menantu Geli Rumah Mentua Kotor, Tikus Lalu Atas Badan Pun Pernah!
JUMPA HARIMAU DALAM HUTAN KETIKA MANCING, SERAMNYA

Kedua-dua mereka terkaku apabila melihat harimau tersebut berada berhampiran dan bertindak mengambil beg salah seorang pemancing tersebut.
Tidak lama kemudian, mereka bertindak jalan perlahan-lahan agar tidak menarik perhatian pak belang tersebut. Nazrie dan kawannya memanjat pokok dan berada di atas untuk menyelamatkan diri.
“Tengah seronok memancing, ada pak belang dekat sebelah. Nasib baik dia datang dan ambil beg. Kemudian dia bawa lari beg tersebut dan peluk. Taktahu bau apa beg itu,” ujarnya ketika berada di atas pokok.
Dia juga turut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup dan terselamat daripada menjadi mangsa harimau tersebut.
“Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan memang pengalaman seumur hidup tengah memancing, ada harimau datang depan mata.
“Kepada kawan-kawan, berhati-hati ketika memancing dan berada di dalam hutan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan,” luahnya.
Perkongsian video tersebut menerima 3.3 juta tontonan dan sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang turut bersyukur kerana kedua-dua mereka dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah selamat. Tenang bila hadapi situasi dan jangan lupa amalkan baca doa Nabi Sulaiman serta Nabi Nuh apabila masuk hutan,” komen salah seorang pengguna media sosial.
Baca juga: “Tugas Saya Dah Selesai,” – Isteri Jaga Suami Ketika Lumpuh & Koma, Bila Sihat Kahwin Lain Pula
Sumber: TikTok Nazrie Iskandar
Image: Adobe stock
