Euforia Bola 2026
Inspirasi

Tun Dr. Mahathir Cecah Usia 100 Tahun, Anak Sulung Syukur Masih Dapat Ketawa Bersama Ayah

TUN DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan seorang tokoh politik dan negarawan yang amat terkenal dalam sejarah Malaysia. Hari ini, 10 Julai 2025, genaplah usia beliau yang ke-100 tahun, satu pencapaian luar biasa bagi seorang tokoh yang telah mencorakkan arah pembangunan dan politik negara selama lebih enam dekad.

Baca juga: Ibu Hempas Anak 11 Bulan Hingga Maut, Stres Dengar Bunyi Nangis Hampir Setengah Jam!

TUN DR MAHATHIR CECAH USIA 100 TAHUN, ANAK SULUNG LUAH RASA SYUKUR

TUN DR MAHATHIR

Menerusi laman Facebook anak sulung beliau, Datin Paduka Marina Mahathir meluahkan rasa syukur kerana bapa tercinta masih sihat dan kuat dalam menjalani hari-harinya.

Menurut Marina, saat paling mencabar buat keluarga mereka adalah pada tahun 2007 apabila Tun Dr. Mahathir, atau lebih mesra disapa Che Det, menjalani dua pembedahan jantung dalam tempoh dua minggu di Institut Jantung Negara (IJN).

“Hari ini ayah saya berusia 100 tahun. Kami tidak pernah menyangka, dia akan sampai ke hari ini terutamanya pada tahun 2007 apabila dia menjalani dua pembedahan jantung dalam masa dua minggu dan kemudian mengambil masa untuk pulih.

“Dengan izin dan rahmat Allah SWT, beliau berjaya melaluinya. Dan hari ini, di sinilah kita. Untuk itu, kami tidak mampu ungkapkan apa-apa selain rasa syukur yang amat mendalam kepada para pakar bedah, pakar bius, jururawat, fisioterapis, pakar pemakanan dan semua kakitangan di IJN yang telah menjaga beliau dengan penuh dedikasi,” luahnya.

TUN DR MAHATHIR

Dalam pada itu, Marina turut menyatakan rasa syukur bahawa ahli keluarga besar mereka seperti adik-beradik, anak-anak, cucu-cucu, serta cicit masih berpeluang untuk berbual, bergurau, bermain dan memeluk tokoh kesayangan mereka.

Tambahan pula, Tun Dr Mahathir masih ditemani oleh pasangan hidupnya yang setia, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, yang menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan hidupnya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7, dan satu-satunya pemimpin negara yang kembali memegang jawatan tersebut selepas bersara.

Beliau dikenang atas sumbangan besarnya dalam pembangunan negara, termasuk dasar Wawasan 2020, projek-projek mega seperti Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya, serta ketegasannya dalam politik antarabangsa.

Baca juga: Putri Qisya Kini Anak Angkat MARA, Bakal Jejaki MRSM Seperti Hasrat Arwah Ibu…

Sumber: Facebook Marina Mahathir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×