Euforia Bola 2026
Percutian

Nak Parking Kereta Di KLIA Sebab Travel? Semak Dulu Harga Parking KLIA Terkini Supaya Tak Rugi…

harga parking klia

Bagi mereka yang selalu travel menaiki kapal terbang dari KLIA, antara perkara yang paling kerap difikirkan ialah harga parking KLIA. Ramai sanggup datang awal semata-mata mahu cari parking lebih murah, malah ada yang terus pilih naik e-hailing kerana takut caj parking airport terlalu mahal.

Tambah pula dengan ada isu ‘panas’ beberapa hari lepas, makin ramai yang risau tentang harga sebenar di tempat letak kereta ini.

Baca juga: “Rasa Macam Main Squid Game”- Pelancong Eropah ‘Culture Shock’ Jalan Kaki Di KL, Semua Kereta Laju!

HARGA PARKING KLIA TERKINI 2026

harga parking klia

Foto: KLIA Info

Namun sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa parking KLIA kini menawarkan kadar lebih rendah jika tempahan dibuat secara online berbanding bayaran biasa secara “drive in”.

Perbezaan harga pula agak ketara sehingga boleh jimat lebih 50% untuk tempoh tertentu.

Bagi yang bercadang bercuti, outstation atau pulang ke kampung menggunakan penerbangan, info ini mungkin boleh bantu kurangkan sedikit kos perjalanan.

Harga Parking KLIA Untuk Short Term

harga parking klia

Foto: Instagram @shopmyairports

Short Term Car Park sesuai untuk mereka yang:

  • Travel singkat
  • Mahu park lebih dekat dengan terminal
  • Hantar atau ambil ahli keluarga
  • Tidak mahu berjalan terlalu jauh

Kadar biasa “drive in” dikenakan RM52 sehari. Namun jika membuat tempahan online, harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Antara kadar online yang dikongsikan:

  • 1 hari: RM45
  • 2 hari: RM35
  • 3 hingga 7 hari: RM20 sehari

Apa yang menarik, kadar kumulatif juga lebih menjimatkan:

  • 4 hari parking hanya RM120
  • 7 hari parking RM180

Jika dibandingkan dengan caj biasa walk-in sebanyak RM364 untuk 7 hari, pengguna boleh berjimat sehingga 51%.

Bagi mereka yang hanya travel sekejap atau mahu akses lebih dekat ke terminal, short term parking masih dianggap pilihan paling mudah dan praktikal.

Harga Parking KLIA Untuk Long Term

harga parking klia

Foto: Instagram @shopmyairports

Untuk mereka yang bercuti lebih lama atau travel atas urusan kerja beberapa hari, Long Term Car Park biasanya lebih berbaloi.

Walaupun lokasinya sedikit jauh berbanding short term parking, kadar yang ditawarkan jauh lebih rendah dan sesuai untuk simpan kereta dalam tempoh panjang.

Kadar online yang ditawarkan:

  • 1 hari: RM30
  • 2 hari: RM25
  • 3 hingga 5 hari: RM20 sehari
  • 6 hingga 7 hari: RM15 sehari

Kadar kumulatif pula:

  • 4 hari: RM95
  • 7 hari: RM145

Jika dibandingkan dengan caj biasa RM224 untuk 7 hari, pengguna boleh berjimat sehingga 35%. Bagi yang travel lebih dari tiga atau empat hari, long term parking biasanya lebih berbaloi dari segi kos.

Tempah Online Memang Lebih Berbaloi

Daripada perbandingan kadar ini, jelas bahawa tempahan online jauh lebih murah berbanding terus masuk parking tanpa tempahan awal.

Selain lebih menjimatkan, tempahan awal juga memberi beberapa kelebihan lain seperti:

  • Tidak perlu pening mencari slot saat akhir
  • Lebih mudah merancang bajet perjalanan
  • Kurang risiko parking penuh ketika musim cuti
  • Proses masuk dan keluar lebih lancar

Namun begitu, pengguna juga perlu ambil perhatian bahawa terdapat caj tambahan 10% pada hujung minggu dan cuti umum berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Tips Sebelum Tinggalkan Kereta di KLIA

Sebelum meninggalkan kereta di airport untuk beberapa hari, ada beberapa perkara penting yang boleh dilakukan demi keselamatan dan memudahkan urusan nanti.

Antaranya:

  • Pastikan tiada barang berharga ditinggalkan dalam kereta
  • Ambil gambar lokasi parking supaya mudah cari semula
  • Datang lebih awal terutama ketika musim cuti sekolah
  • Semak semula tempahan online sebelum hari penerbangan
  • Pastikan Touch ‘n Go atau kad pembayaran mencukupi

Ramai yang hanya fokus pada harga tiket kapal terbang, tetapi kos parking juga sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada bajet perjalanan terutama jika bercuti lama bersama keluarga.

Jadi, sebelum travel nanti, mungkin boleh bandingkan dulu jenis parking yang paling sesuai dengan tempoh perjalanan dan bajet masing-masing.

Baca juga: Tren Buat Hal Sampai Lambat Masuk Office? Rupanya Anda Boleh Minta ‘Slip Bukti’ Ini & Tunjuk Bos

Sumber: Instagram @shopmyairports

FT Images: KLIA Info

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×