Menyemarakkan lagi suasana sepanjang bulan ini, Tonton memperkenalkan kempen khas Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026 dan berpeluang memenangi hadiah menarik.
Sepanjang tempoh kempen, setiap tontonan bukan sekadar hiburan semata-mata kerana turut menyumbang kepada markah pengguna. Lebih banyak anda menonton, lebih tinggi peluang untuk berada di kedudukan terbaik.
TONTON & MENANG: HANTU PUASA BELANJA TERBANG KE SEOUL

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati pelbagai pilihan kandungan menarik termasuk filem thriller serta Tonton Original Series yang sarat dengan elemen misteri, suspen dan plot twist yang tidak dijangka. Ini sekali gus menjadikan setiap sesi menonton sepanjang Ramadan lebih mendebarkan dan penuh keterujaan.
Bagi anda yang ingin menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR pada poster atau melayari laman web rasmi Tonton sebelum menekan butang “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”.
Selepas log masuk menggunakan akaun sedia ada atau mendaftar akaun baharu, anda boleh mula menonton mana-mana filem atau siri yang tersenarai dalam Hantu Puasa Special Checklist.
Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan dikira dalam leaderboard, manakala pengumuman pemenang akan dibuat melalui media sosial rasmi Tonton atau e-mel yang didaftarkan.

Freepik
Sebagai tarikan utama kempen ini, seorang pemenang bertuah bakal memenangi pakej percutian selama 6 hari 4 malam ke Korea Selatan. Lebih menarik, pemenang juga boleh membawa seorang rakan sebagai teman perjalanan untuk berkongsi pengalaman tersebut.
Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan yang selesa serta beberapa pengalaman menarik di kota Seoul. Ganjaran ini pastinya menjadi peluang terbaik untuk mencipta kenangan manis yang sukar dilupakan.
Jadi jangan lepaskan peluang kerana kempen ini hanya berlangsung sehingga 19 Mac 2026. Layari laman web rasmi Tonton dan mula strim rancangan kegemaran anda sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menceriakan malam Ramadan, malah mungkin membawa anda lebih dekat untuk menikmati percutian impian ke Seoul.
Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut mengenai rancangan menarik di platform tersebut, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram di @tontonmy.
