Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Ini Kena LUDAH Dengan Alpaca Sebab Tarik Telinga, Warganet Komen “Puas Hati Tengok”

HAIWAN ALPACA

Tular di media sosial, video seorang wanita menerima ‘hukuman semula jadi’ apabila diludah oleh seekor haiwan alpaca jantan selepas mengusik alpaca betina.

Walaupun terkenal dengan rupa comel dan perangai jinak, alpaca sebenarnya haiwan yang sangat sensitif terhadap gangguan, terutama bila disentuh secara mengejut.

Baca juga: Anak Dituduh Rosakkan Perabot Dalam Kelas, Ibu Jalan Kaki Sambil Bawa Meja & Kerusi Untuk Ganti

WANITA DILUDAH HAIWAN ALPACA SEBAB KACAU

HAIWAN ALPACA

Menerusi video perkongsian di TikTok milik Azmanali Rider, dia merakam perbutan wanita tersebut sedang membelai seekor alpaca di dalam kandang yang terletak di Cameron Highlands.

Wanita itu kemudiannya membelai alpaca betina namun bertindak sedikit kasar apabila dia mula menolak leher haiwan itu berulang kali secara kasar.

Dia juga dilihat mengusik alpaca dengan menarik telinga kerana geram dengan kecomelannya. Alpaca jantan bertindak meludah wanita berkenaan kerana mempertahankan diri dan menunjukkan ketidakselesaan.

Ramai warganet tampil memberikan komen, kebanyakannya menyebelahi tindakan alpaca jantan tersebut yang dilihat ‘menegur’ perbuatan wanita itu dengan cara tersendiri.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan wanita berkenaan sebagai tidak wajar, walaupun niat asalnya mungkin hanya untuk bergurau atau terlalu teruja.

“Kalau orang tarik telinga kita pun kita marah, apatah lagi haiwan yang tak boleh bersuara,” tulis seorang pengguna TikTok.

Tidak kurang juga yang menjadikan insiden itu sebagai peringatan supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan haiwan peliharaan atau ladang terbuka.

Walaupun sesetengah haiwan kelihatan jinak, mereka tetap mempunyai naluri pertahanan diri, lebih-lebih lagi apabila berasa terancam atau tidak selesa.

Baca juga: Anak Terpaksa Ditidurkan Akibat Influenza A, Bila Dah Sedar Keadaan Kaki Melecur & Jari Hilang

Sumber: TikTok Azman Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×