Euforia Bola 2026
Teknologi

Bermula 14 Julai, Boleh Tukar Had Pemindahan Guna Aplikasi MAE, Ini Caranya!

HAD PEMINDAHAN

Bermula 14 Julai 2025, anda boleh menukar had pemindahan (transfer limit) untuk akaun Maybank menerusi aplikasi MAE. Kemaskini ini merupakan sebahagian besar usaha pihak Maybank untuk memudahkan urusan perbankan anda.

Sekiranya anda masih memilih untuk menguruskan had pemindahan melalui laman web Maybank2u, pilihan itu masih tersedia seperti biasa.

Baca juga: Aircond Rumah Pasang Siang Malam, Bil Elektrik Tetap Bawah RM200, Ini Tips Ramai Belum Buat!

TUKAR HAD PEMINDAHAN MAYBANK GUNA APLIKASI MAE, MUDAH & CEPAT

HAD PEMINDAHAN

Maybank

Ikuti langkah mudah berikut untuk tukar had pemindahan di aplikasi MAE:

1. Log masuk ke aplikasi MAE

2. Tekan ikon ‘Settings’ (di penjuru kiri atas)

3. Pilih menu ‘Pay & Transfer’, kemudian tekan ‘Transfer’, dan seterusnya pilih ‘Transfer Limit’

4. Pilih jenis pemindahan yang ingin anda ubah hadnya.

5. Pilih had harian baharu daripada senarai yang disediakan.

6. Tekan ‘Save Changes’ dan sahkan dengan Secure2u (hanya diperlukan untuk peningkatan had)

Sebagai langkah keselamatan untuk melindungi akaun anda:

– Sebarang kenaikan had pemindahan akan diaktifkan dalam 12 jam.

– Anda masih boleh membuat transaksi seperti biasa mengikut had sedia ada semasa tempoh ini.

– Had baharu hanya akan berkuat kuasa selepas tempoh 12 jam tamat,

– Notifikasi akan dihantar kepada anda melalui aplikasi MAE atau SMS apabila tempoh bermula dan berakhir

Dengan kemudahan ini, anda kini boleh mengawal urusan kewangan harian anda dengan lebih fleksibel dan selamat, semuanya di hujung jari melalui aplikasi MAE.

Jika anda mengesyak Maybank2u anda ‘digodam’, aktifkan Kill Switch dengan cepat melalui aplikasi MAE atau web Maybank2u untuk menyekat akses kepada akaun anda dan melindungi wang buat sementara waktu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%

Sumber: Maybank2u

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×