Euforia Bola 2026
Famili

Reaksi Guru India ‘Blur’ Bila Ditanya Soalan Jawi Buat Netizen Terhibur

GURU BAHASA INGGERIS

Telatah anak murid di sekolah sudah tentunya mampu mencuit hati lebih-lebih lagi pelajar di sekolah rendah. Antara perangai yang mencuit adalah seperti perkongsian seorang guru bahasa inggeris di laman TikTok.

Menerusi perkongsian video berdurasi kurang 1 minit itu, memaparkan cikgu lelaki berbangsa India dikenali sebagai Mr Reyy buntu apabila muridnya bertanyakan soalan.

Baca juga: Idea Ayah Bagi Anak Main Sayur Kubis Dalam Kereta Api Tarik Perhatian Warganet

GURU BAHASA INGGERIS TERKEDU MURID TANYA SOALAN JAWI

GURU BAHASA INGGERIS

Soalan pelajar tersebut mencuit hati penonton video dan guru itu sendiri kerana dia bertanya mengenai soalan jawi. Bayangkan, seorang guru yang berbangsa India perlu menjawab soalan bahasa Jawi, adakah itu boleh terjadi? Buntu juga dibuatnya si cikgu.

“Ini kena pecahkan ke?” tanya budak itu.

Soalan pendek dan reaksi guru tersebut menarik perhatian ramai kerana ragu-ragu untuk menjawab persoalan budak lelaki itu. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet yang bekerja sebagai guru turut pernah melalui situasi ini apabila masuk ke kelas ganti.

“Anak murid saya pun sama. Selalu tunjuk soalan Mandarin dekat saya,” kata salah seorang netizen.

Sehingga kini video tersebut mendapat 300 ribu tontonan dan dibanjiri komen. Menurut penulis, perkongsian itu sememangnya sangat menghiburkan hati dan wajar menerima pandangan positif sahaja.

Baca juga: Cikgu Boleh Ajar Teknik PASAK Untuk Karangan Jenis Ulasan, Ringkas & Mudah!

Sumber: TikTok Mr Reyy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×