Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Gulai Lemak Pisang Kapas Campur Ikan Masin Talang, Lauk Kampung No. 1 Kesukaan Ramai!

gulai pisang muda

Gulai pisang muda masak lemak merupakan salah satu lauk kampung yang memang menjadi kegemaran ramai. Sudah semestinya, ia menggunakan pisang yang masih mentah.

Seperti masakan lemak gulai pisang muda yang lain, cumanya resipi Mizah Ngatiman ini dicampurkan sekali dengan ikan masin talang. Maka, bertambah enak jadinya gulai lemak tersebut. Jadilah satu menu yang ada ‘2 in 1’ di dalamnya iaitu pisang dan ikan masin.

Jom lihat resipinya!

Baca juga: Resipi Nugget Ayam Tempura ‘Homemade’, Dari Tak Gemar Isi Dada Ayam Terus Laju Je Nak Gigit!

GULAI PISANG MUDA KAPAS IKAN MASIN TALANG

gulai pisang muda

Gambar: Mizah Ngatiman

Menjadi favourite saya menu lauk ‘2 in 1’ macam ini, sebab nak cepat dan mudah. Satu menu dah cukup, dapat sayur dan lauk sekali gus.

Pisang Kapas ini, saya dapat minggu lepas. Sementara ia masih mentah, bolehlah dibuat gulai. Kalau dah masak, makan macam itu saja, tak pun dilecek-lecek jadi jemput-jemput.

Mulanya saya berkira-kira nak gandingkan dengan apa ya. Sama ada ceker, ayam atau udang ke. Akhirnya semasa ke pasar raya, terpandang Ikan Masin Talang yang elok cantik pula. Terus sambar sepeket masuk troli.

Baca juga: Rahsia Sayur Masak Lemak Putih Kuah Pekat Berlemak, Cara Orang Pattani Masukkan 3 Bahan Ini!

RESIPI GULAI LEMAK PISANG KAPAS CAMPUR IKAN MASIN TALANG

Bahan-bahan:

gulai pisang muda

Gambar: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Jeli Rambutan Segar, Letak Banyak Hirisan Isi Baru Puas Makan Sejuk-Sejuk!

resepi gulai pisang muda

Gambar: Mizah Ngatiman

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * terlebih dahulu.
  2. Mula-mula siang dulu pisang, siat nipis sedikit kulit pisang macam dalam gambar dan jangan putus.
  3. Kemudian, hiris serong atau belah tengah dan cuci bersih.
  4. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan pisang.
  5. Rebus sampai empuk dan kemudian tapis.
  6. Bahan kisar masuk dalam kuali. Buka api dan biarkan air kering sekejap.
  7. Masukkan pula santan.
  8. Masukkan ikan masin yang telah dicuci bersih kemudian rendam sekejap.
  9. Masukkan asam keping dan sentiasa kacau kuah hingga mendidih manja.
  10. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
  11. Dah mendidih elok kuah, tutup api.

resepi gulai pisang muda

Gambar: Mizah Ngatiman

Selamat mencuba.

Baca juga: Ikan Selayang (Sardin) Rebus Harum Mewangi, Sampai Licin Pinggan Sebab Cara Ini Isinya Lebih Pejal!

Sumber: Mizah Ngatiman

FT Image: Mizah Ngatiman

Beli bahan-bahan murah di Shopee dan Lazada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×