Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia sudah miliki kesedaran untuk berjimat-cermat disebabkan kos sara hidup kian meningkat.
Malah, kos perjalanan ke tempat kerja atau sesuatu destinasi juga perlu diasingkan bajetnya setiap awal bulan agar tidak ‘sesak’ pada hujung bulan.
Tapi menariknya, dalam situasi macam ni, semakin ramai mula ubah cara mereka bergerak setiap hari.
Bukan dengan perubahan besar tapi melalui satu ‘travel hack’ mudah iaitu berkongsi kenderaan berbanding bergerak secara solo.
Tukar tabiat untuk lebih penjimatan

Ramai yang ingat kalau nak jimat kena buat perubahan drastik tapi sebenarnya dengan satu langkah kecil pun dah boleh nampak beza pada baki akaun bank anda.
Daripada asyik naik sorang-sorang, apa kata kita mula kongsi perjalanan dengan kawan atau rakan sekerja, kos pun automatik jadi lebih murah.
Tak perlu pun nak keluar rumah awal dua jam atau tukar laluan. Anda cuma perlu ‘tumpang’ dan ajak kawan sekali. Memang smart dan menjimatkan. Ulang-alik kerja pun tidak lagi menjadi sesuatu yang bosan!
Group Ride: Pergi kerja lebih seronok dan mesra poket
Ini yang paling best untuk anda yang ada geng ofis atau kawan-kawan yang duduk satu kawasan. Fokus utama untuk jimat sekarang adalah dengan Group Ride.
Kenapa kena pilih Group Ride?
- Split bill: Kalau naik berdua atau bertiga, tambang tu boleh bahagi sama rata. Jimat banyak tau!
- Berkongsi laluan yang sama: Perjalanan jadi lebih mudah bila semua menuju ke destinasi yang sama, sama ada berkongsi lokasi pick-up atau drop-off.
- Minimal effort: Tak perlu pun buat kerja lebih, cuma book satu kenderaan untuk semua.
- Sambil borak: Perjalanan ke tempat kerja pun tak adalah bosan sangat bila ada kawan berborak. Tahu-tahu dah sampai ofis.
Ia memang direka untuk memudahkan rutin harian anda. Memang satu solusi yang sangat sesuai dengan situasi ekonomi sekarang di mana kita semua perlu cari alternatif lebih bijak untuk bergerak.
Ayuh ubah tabiat kita bergerak!

Sumber: Grab
Perubahan kecil dalam cara kita ke tempat kerja boleh membawa impak yang besar pada simpanan bulanan.
Jadi, untuk perjalanan ke pejabat esok, apa kata anda cuba ajak kawan sepejabat atau jiran berdekatan untuk berkongsi kenderaan.
Memang lebih jimat, lebih santai dan yang penting, anda juga berpeluang mempunyai duit poket yang lebih bila sampai hujung bulan.
Sikit-sikit kita ubah, lama-lama nampak hasilnya. Kongsi Perjalanan, Kongsi Tambang!
Mulakan group ride anda sekarang dengan klik di SINI.
