Satu trend menarik kini mula tular dalam kalangan pengguna media sosial iaitu mencipta imej realistik gaya figura (figure) menggunakan Google Gemini Nano Banana.
Gambar-gambar yang dihasilkan seolah-olah memaparkan model mainan komersial sebenar yang siap dipamerkan atas meja!
Baca juga: Zainani Jusoh, Anak Jati Tanah Merah Kelantan Dilantik Sebagai Akauntan Negara, Tahniah!
CARA BUAT GAMBAR NANO BANANA GUNA GOOGLE GEMINI

Menariknya, imej-imej ini bukan dihasilkan secara manual menggunakan software rekaan 3D sebaliknya menggunakan AI generatif daripada Google Gemini
Hasilnya sangat memukau, seolah-olah benar-benar wujud di dunia nyata. Kalau anda pun nak cuba ikut trend ini, jom ikut langkah-langkah mudah di bawah:
1. Log masuk akaun Google Gemini
Pergi ke https://gemini.google.com dan log masuk menggunakan akaun Google anda.
2. Muat naik gambar
Pilih mana-mana gambar yang anda minat dan muat naik ke dalam Gemini.
3. Masukkan prompt
Use the nano-banana model to create a 1/7 scale commercialized figure of all the characters in the illustration, in a realistic style and environment. Place the figure on a computer desk, using a circular transparent acrylic base without any text.
On the computer screen, display the ZBrush modeling process of the figure. Next to the computer screen, place a BANDAI-style toy packaging box printed with the original artwork.
4. Klik Generate
Dalam beberapa saat, Gemini akan menjana imej figura realistik lengkap dengan latar seperti meja komputer, skrin modeling dan kotak mainan gaya BANDAI.
Ramai pengguna sudah mula memuat naik hasil mereka ke media sosial. Kalau anda hasilkan sesuatu yang menarik, jangan lupa kongsikan juga!
Baca juga: Budak Lelaki Diserang Anjing ‘Bertuan’ Ketika Bermain, Luka Parah & Berlumuran Darah Di Kepala!
Sumber: Facebook
