Goodday KidSTART 3.0 merupakan program keusahawanan kanak-kanak terbesar di Malaysia dan kini sudah menutup tirainya dengan gemilang.
Pearl Liang Yee Herr, 12 tahun, dinobatkan sebagai juara menerusi episod akhir program ini, ewakili SJK(C) Serdang Baru 1, Selangor dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000 hasil idea inovatifnya, AI Unicorn.
Baca juga: Shah Alam Jadi Ibu Negeri PALING MAHAL Untuk Didiami, Kos Sara Hidup Paling Tinggi!
GOODDAY KIDSTART 3.0: JUARA USIA 12 TAHUN RAIH RM20K

Juara
AI Unicorn merupakan satu penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan untuk membantu pelajar mendapatkan saiz pakaian seragam sekolah yang paling sesuai.
Tempat kedua dimenangi Muhammad Nukman, 12 tahun, dengan konsep mesra alam Food Rescue Hub, manakala tempat ketiga menjadi milik Teo Kevan, 9 tahun menerusi Furever, pengalaman interaksi haiwan peliharaan jangka pendek bagi kanak-kanak.
Persembahan finalis berjaya menarik perhatian juri industri, memuji tahap keyakinan, kejelasan idea, serta potensi aplikasi dunia sebenar setiap projek.
Sejak diperkenalkan pada 2022, program ini memberi fokus kepada literasi kewangan, kreativiti, kemahiran komunikasi dan pemikiran keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun.
Tahun ini mencatat penyertaan tertinggi iaitu lebih 8,000 peserta, sekali gus mengukuhkan Goodday KidSTART sebagai platform utama melahirkan generasi inovator muda yang yakin dan berempati.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd. dan jurucakap Goodday Milk, berkata program ini menunjukkan komitmen jenama dalam membentuk generasi muda berkeyakinan dan berdaya saing.
“Pembangunan kanak-kanak bukan sekadar berkisar kepada pemakanan berkhasiat, tetapi juga tentang menyediakan persekitaran yang menggalakkan penerokaan idea dan kreativiti bagi menyerlahkan potensi diri. Setiap tahun, keberanian serta imaginasi para peserta menjadi pendorong utama kami untuk terus menyokong platform yang membantu dalam perkembangan mereka,” jelasnya.

Pearl Liang mendedikasikan kemenangannya kepada ibu bapanya, yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan tanpa jemu sepanjang perjalanan beliau dalam program ini.
“Saya tak sangka saya akan menjadi juara Goodday KidSTART. Ia telah mengajar saya untuk berani, percaya pada idea sendiri dan tidak mudah berputus asa,” luahnya.
Selain tiga pemenang utama, bakat luar biasa turut diiktiraf melalui kategori anugerah berikut:
– Penyampai Terbaik (Atas 10 Tahun): Cinta Zandra Alayna Paul, 12 (Selangor)
– Penyampai Terbaik (10 Tahun dan ke Bawah): Chong Jo Ann, 9 (Kuala Lumpur)
– Anugerah Bintang Harapan: Muhammad Arish Aidan bin Mohd Hamzy, 12 (Selangor)
– Anugerah Impak Sosial Terbaik: Solomon Lim Tee Guan, 9 (Sarawak)
– Anugerah Idea Paling Inovatif: Lau Wai Liang, 12 (Selangor)
Meneruskan kejayaan tahun lalu, Goodday Milk turut menganugerahkan Anugerah Penyertaan Tertinggi kepada SJK(C) Yuk Chai, yang meraih RM10,000 selepas merekodkan lebih daripada 600 penyertaan, jumlah tertinggi dalam kalangan
semua sekolah pada tahun ini.
