Sudah menjadi kebiasaan, pasangan suami isteri pasti ada membuat giliran untuk balik kampung meraiakan perayaan Aidilfitri bersama sanak saudara.
Menerusi perkongsian seorang suami di media sosial, dia menjelaskan bahawa si isteri tidak mahu mengikut giliran balik kampung atas alasan tersendiri.
Baca juga: Ibu Dakwa Anak Jatuh Di Rumah Pengasuh, Sampai Tempurung Retak & Berlaku Pendarahan Otak!
PATUT SUAMI PUNYA GILIRAN UNTUK BALIK KAMPUNG TAPI ISTERI TAK NAK

NH Online
Jelasnya, raya tahun 2025 merupakan giliran buat dirinya namun si isteri mula memberi petunjuk mahu beraya di kampung sendiri.
Dia memilih beraya di kampungnya dengan alasan lebih meriah berbanding kampung isteri yang dikatakan hambar dan agak sendu apabila hari raya menjelang.
Dilema! Tahun ini, giliran saya untuk balik kampung. Tapi isteri saya, dia dah mula bagi hint, cuba runding supaya kami balik ke kampung dia pula.
“Sayang, you pun tahu kampung I lagi meriah. Budak-budak, makanan, kecoh sana sini—Raya dekat sana memang hidup.”
Saya faham kampung dia memang macam pesta—sepupu ramai, makan tak henti, sembang sampai pagi. Tapi kampung saya sunyi, sederhana, tak ada perhimpunan besar, raya pun macam hambar sikit. Tapi tetap rumah sendiri.
“Ya, I tahu. Tapi tahun ni giliran I. Kita ikut giliran, kan?”
Dia mengeluh. “Tapi tak best ke kalau budak-budak dapat Raya dengan sepupu-sepupu dia?”
Permintaan si isteri untuk balik kampung sendiri meraikan perayaan membuatkan dia tersepit kerana tidak pasti mahu mengalah atau bertegas dengan tradisi bergilir.
Perkongsian lelaki itu pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata beranggapan bahawa tindakan si isteri adalah tidak wajar.
“Sebenarnya, saya dan suami pun dalam situasi yang sama. Kampung saya memang lagi meriah bila beraya berbanding kampung suami. Tapi saya tahu, walaupun raya di kampung dia nampak hambar, itu tetap tempat yang buat dia bahagia.
“Masa dia beraya di rumah saya, dia pun penat sebab terlalu meriah, tapi dia tahan sebab dia tahu itu yang menggembirakan saya. Jadi, saya rasa saya pun patut buat benda yang sama untuk dia.
“Walaupun tak meriah dan rasa hambar, saya tetap bertahan sebab saya tahu itu buat dia gembira. Bagi saya, ikut je giliran tu. Lebih adil dan lebih sihat untuk hubungan suami isteri,” komen pengguna media sosial.
Baca juga: Setiap Kali Solat Jemaah Saf Wanita Mesti Terputus, Bila Ditegur Kena Jeling Pula!
Sumber: Threads Fizzkasyah
Kredit imej: Utusan
