Percutian

Genting Highland Skyworlds Theme Park Dibuka 8 Februari, Tiket Ada Diskaun!

Pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah tidak sabar mahu ke Genting Skyworlds Theme Park. Betul tak? Taman tema yang paling dinanti-nantikan dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut dan 26 jenis mainan untuk seisi keluarga. Nampaknya, hujung minggu ini boleh  la ke Genting Highland. Wah!

Baca juga: 10 Lokasi Di Lembah Klang Wajib Bawa Anak Hujung Minggu, Siap Ada Promo!

GENTING HIGHLAND SKYWORLDS THEME PARK DIBUKA 8 FEBRUARI

Berita baik untuk anda semua, Genting Skyworlds Theme Park akan dibuka pada 8 Febuari ini dan tiket boleh dibeli secara online di laman web Genting Skyworlds pada 4 Febuari jam 10 pagi.

Menariknya, Genting Skywolrds menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022.

Taman tema ini terbahagi kepada beberapa tempat unik:

  • Studio Plaza
  • Eagle Mountain
  • Central Park
  • Rio
  • Andromeda Base
  • Liberty Lane
  • Epic
  • Robots Rivet Town
  • Ice Age

Jangan lepaskan peluang ok. Inilah masa yang sesuai untuk kita ke Genting Skyworlds Theme Park!

Sumber: Twitter Abang Travel

Yang Popular!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×