Gaya seks gunting bukan sekadar posisi alternatif tetapi juga salah satu cara yang boleh meningkatkan keintiman dalam hubungan suami isteri.
Hubungan seksual dalam perkahwinan bukan sekadar untuk memenuhi keperluan fizikal, tetapi turut memainkan peranan penting dalam membentuk ikatan emosi dan psikologi antara pasangan.
Baca juga: Jangan Biarkan Perangai Suami Pentingkan Kawan ‘Hancurkan’ Rumah Tangga, Hati-Hati Tanda Ini!
GAYA SEKS GUNTING UNTUK SUAMI ISTERI LEBIH PUAS?

Freepik
Gaya seks gunting merujuk kepada posisi di mana suami dan isteri saling berbaring dengan kaki bersilang atau saling bertemu seperti menyerupai bentuk gunting.
Dalam konteks hubungan seksual, posisi ini boleh memberi rangsangan pada kawasan genital melalui geseran atau sentuhan langsung tanpa melakukan sebarang penetrasi secara mendalam.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sex and Marital Therapy, hasil tinjauan ke atas seramai 1,055 wanita berusia antara 18 hingga 94 tahun menunjukkan bahawa sebanyak 36.6% daripada mereka menyatakan rangsangan klitoris adalah perlu untuk mencapai orgasme semasa hubungan seksual.
Jadi, gaya seks gunting adalah posisi terbaik kerana dapat memberi rangsangan kepada klitoris (kelentit) dan kawasan sensitif lain milik pasangan.
Antara manfaat sekiranya melakukan posisi gaya seks gunting adalah:
1. Tingkatkan keintiman
Kedudukan gaya seks gunting ini mampu mewujudkan kontak fizikal yang rapat, membina rasa percaya dan memberi peluang komunikasi bukan lisan yang lebih mendalam.
2. Alternatif jika sukar penetrasi
Sekiranya pasangan anda mengalami masalah sukar pentrasi, ini adalah antara posisi yang boleh dicuba kerana mampu meningkatkan rasangan semasa hubungan seksual.

Freepik
4. Variasi posisi untuk elak bosan
Mencuba posisi lain boleh mengelakkan rasa jemu atau rutin dalam hubungan suami isteri. Anda juga boleh mencuba variasi dalam posisi gunting, seperti:
Gunting duduk (upright scissoring)
Seorang pasangan duduk dan membuka kaki manakala pasangannya berbaring atau condong, memberi kawalan lebih kepada pasangan yang duduk.
Gunting silang penuh
Kedua-dua pasangan berbaring mengiring dengan kaki saling bersilang penuh.
Gunting sambil berdiri (jika fleksibel dan bersesuaian)
Memerlukan sokongan permukaan seperti dinding atau katil.
Kesimpulannya, gaya seks gunting merupakan salah satu posisi yang boleh dicuba sewaktu melakukan hubungan seksual suami isteri dengan memberi pengalaman yang berbeza dan meningkatkan keintiman.
Sumber: Healthline & WebMD
