Euforia Bola 2026
Asuh

Anak Kurang Adab Dengan Orang Rupanya Salah Ibu Ayah Sendiri, Selalu Cakap 7 Ayat Ini!

gaya percakapan

Gaya percakapan ibu bapa dengan anak-anak memainkan peranan penting kerana jika tersalah cakap boleh mengakibatkan mereka meniru pertuturan negatif itu.

Jadi, ibu bapa di luar sana dinasihatkan supaya mengelakkan 7 gaya percakapan seperti penulis kongsikan di bawah ini. Boleh menyesal kalau buat!

Baca juga: Ciri-Ciri Anak Alami Disleksia Yang Selalu Diabaikan, Jangan Suka-Suka Anggap Si Kecil Pemalas

GAYA PERCAKAPAN IBU BAPA KENA ELAK, TAKUT ANAK KURANG ADAB

GAYA PERCAKAPAN

Gaya percakapan kita yang perlu dielakkan supaya anak tidak terikut ikut dan kurang adab ketika bercakap dengan orang lain:

1. Nada menengking

Contoh: “Duduk diam! Jangan buat mama marah!”

Kesan pada anak: Dia belajar bahawa jika marah, kita boleh tengking & mengarah orang lain untuk ikut arahan kita.

2. Arahan terlalu kasar

Contoh: “Ambil barang tu. Jangan banyak soal!”

Kesan pada anak: Dia akan bercakap kasar sama dan beranggapan itu merupakan cara biasa untuk minta sesuatu dengan orang.

3. Sindiran/perli

Contoh: “Otak letak dekat lutut?!”

Kesan pada anak: Sindiran bukan kata-kata yang baik untuk bina harga diri kanak-kanak. Malah anak pun akan mula guna kata-kata sinis kepada orang lain.

4. Mengugut/mengancam

Contoh: “Kalau tak dengar, mama buang mainan!”

Kesan pada anak: Dia membina komunikasi berasaskan ketakutan, ugutan dan ancaman. Mereka juga akan guna gaya bahasa yang sama dengan adik-adik atau kawan.

5. Bahasa cemuh & ejek

Contoh: “Makan banyak lagi kan dah gemuk!”

Kesan pada anak: Ini antara punca utama kanak-kanak pandai guna bahasa yang mengejek & mencemuh orang lain.

6. Cara cakap melenting

Contoh: “Jangan kacau boleh tak! Main sana”

Kesan pada anak: Anak akan terikut ikut mudah melenting & mudah trigger apabila orang ganggu dia.

Gaya bahasa yang selalu kita normalisasikan di hadapan anak-anak akan membuatkan mereka terpengaruh tanpa sedar.

Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!

Sumber: Faecbook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×