Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama di dunia yang mengiktiraf gasing Beyblade sebagai sukan kokurikulum sekolah.
Menerusi inisiatif Kelab Gasing Beyblade, permainan popular yang sebelum ini dianggap sekadar hobi kini dimasukkan ke dalam rangka kerja sukan negara dan sistem pendidikan secara lebih tersusun.
Baca juga: 16 Idea Hadiah Hari Guru Paling ‘Confirm Cikgu Guna’ Dalam Kelas, Mesti Tersenyum Bila Nak Guna!
MALAYSIA NEGARA PERTAMA DI DUNIA IKTIRAF GASING BEYBLADE SEBAGAI SUKAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Gambar: World Of Buzz
Menurut perkongsian World Of Buzz di Instagram, setakat Disember 2024, ia diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah sukan di bawah kerangka sukan kebangsaan.
Inisiatif Kelab Gasing Beyblade bertujuan untuk mengintegrasikan Beyblade ke dalam sistem pendidikan dengan menetapkannya sebagai sukan sekolah yang formal.
Kelab ini memberi tumpuan kepada pembangunan disiplin, kemahiran, dan semangat daya saing murid melalui latihan yang tersusun.
Malah, sesi-sesi ini dipandu oleh jurulatih bertauliah (BeyTRAINER) dan mengikut modul yang sedia ada standard.
Sasaran 1,000 kelab di sekolah seluruh Malaysia
Sementara itu, Simposium Beyblade X Malaysia 2026 berfungsi sebagai platform kebangsaan bagi guru dan jurulatih (BeyTRAINER) untuk menyokong pertumbuhan BEYBLADE X sebagai sebuah sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
Simposium ini menyediakan peserta dengan pandangan penting tentang pengurusan program, termasuk peraturan pertandingan, kaedah latihan, dan garis panduan pelaksanaan yang selaras dengan matlamat pendidikan negara.
Program ini merancang untuk melancarkan kelab-kelab Beyblade di sekolah rendah seluruh negara, khusus untuk murid-murid berumur 6 hingga 12 tahun.
Pihak penganjur juga sedang menerajui inisiatif “Road to 1,000” yang bertujuan untuk menubuhkan 1,000 kelab sekolah serta memfasilitasi kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Inisiatif ini merangkumi pengedaran 1,000 stadium Beyblade dan 3,000 set permulaan (starter kit) ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Menurut perkongsian tersebut lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan beberapa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah pun mengeluarkan surat sokongan rasmi bagi program tersebut.

Gambar: World Of Buzz
Gabungkan budaya permainan dan sukan moden
Di samping itu, program ini menekankan kerja berpasukan, strategi, kreativiti dan persaingan yang sihat.
Dengan mengangkat Beyblade X sebagai gear sport iaitu sukan berasaskan peralatan mekanikal, inisiatif ini berjaya menyatukan budaya mainan dan peminat ala e-sukan dengan sukan sekolah yang tersusun.
Selain itu, Kelab Gasing Beyblade bertujuan untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dengan menghubungkan sekolah, komuniti dan penganjur kebangsaan.
Usaha ini akan melahirkan generasi pemain baharu di samping menetapkan Beyblade sebagai sebuah sukan yang bermakna dan diiktiraf dalam sistem pendidikan Malaysia.
Sumber: World of Buzz
FT Image: Gemini AI
