Euforia Bola 2026
Famili

Keluarga Huru-Hara Kerana Kutip Syiling Berterabur, Setiap Kali Buang Pasti ‘Datang’ Lagi!

GANGGUAN SIHIR SYILING

Gangguan sihir syiling bukanlah perkara baharu dalam dunia perubatan Islam, namun masih ramai tidak menyedari betapa seriusnya mudarat yang boleh berlaku.

Kisah ini menjadi bukti bagaimana sebiji syiling yang kelihatan biasa mampu memporak-perandakan kehidupan sebuah keluarga sehingga hilang kewarasan dan keamanan rumah tangga.

Baca juga: Isteri Menanti Kelahiran Anak Reda Suami Dijemput Ilahi, Tatap Wajah Terakhir Melalui Panggilan Video

BAHAYA GANGGUAN SIHIR SYILING, KELUARGA BOLEH HANCUR

GANGGUAN SIHIR SYILING

Segalanya bermula apabila beberapa ketul syiling ditemui berselerakan di depan dan belakang rumah mangsa. Pada awalnya, keluarga tersebut menyangka ia hanyalah syiling jatuh atau dibawa angin. Namun lama-kelamaan, syiling-syiling baharu terus muncul meskipun sudah dibuang berulang kali.

Apa yang lebih membingungkan, syiling itu datang silih berganti, dibuang satu, muncul lagi yang lain. Sejak kemunculan syiling tersebut, suasana rumah mula berubah.

Ahli keluarga yang biasanya tenang mula bergaduh tanpa sebab, berlaku salah faham kecil yang menjadi besar, dan keadaan rumah menjadi huru-hara tanpa penjelasan.

“Setiap kali mangsa kutip buang, datang yang baru,sekarang anak mangsa yang pelajar madrasah sudah menjadi tidak waras, doktor ada memberi tahu anaknya mengalami halusinasi.

“Jin 24 jam mengawal tubuh mangsa, pelbagai tempat ikhtiar, namun belum jumpa jalan kesembuhan, sihir syiling bukan sahaja di gunakan pada permis kedai sahaja,malah di rumah di pejabat juga tidak terlepas terkena dengan sihir syiling,” jelasnya.

GANGGUAN SIHIR SYILING

Apabila gangguan semakin berat, keluarga berusaha mencari rawatan. Namun sebelum itu, mereka membawa anak tersebut ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor memaklumkan bahawa mangsa mengalami halusinasi yang tidak normal.

Apa yang lebih menyedihkan, tubuh anak itu seakan-akan dikuasai sesuatu sepanjang masa, seolah-olah ada makhluk lain menetap dalam tubuhnya dan mengawal kehidupannya.

Keluarga ini akhirnya mengetahui bahawa syiling-syiling tersebut adalah medium sihir. Gangguan sihir mula terjadi selepas mangsa mengutip dan membawa masuk syiling yang ditemui di luar rumah. Dari situlah bermulanya rentetan gangguan jin dan sihir yang berpanjangan.

Kisah ini menjadi peringatan kepada masyarakat bahawa jika terjumpa syiling yang berselerakan di tempat yang mencurigakan, jangan sentuh dengan tangan kosong, dilarang kutip dan jangan bawa masuk ke dalam rumah atau kedai.

Baca juga: Anak Terima Khabar Ayah Meninggal Dunia, Keluar Dewan SPM Dalam Tangisan Yang Meruntun Jiwa…

Sumber: Facebook Qiqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×