Euforia Bola 2026
Famili

Sekitar 2000-3000 Individu Di Selangor Dilaporkan Alami Gangguan Mental

GANGGUAN MENTAL

Menerusi laporan Harian Metro, sekitar 2,000 hingga 3,000 individu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan di Selangor sejak 2020 hingga kini akibat gangguan mental.

Menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin bilangan kes mental yang stabil dan meneruskan rawatan di KK dalam tempoh itu adalah lebih kurang sama.

Baca juga: PLKN 3.0 Dengan Format Baharu Dijangka Bermula Pertengahan Tahun Depan

GANGGUAN MENTAL: 2000 INDIVIDU DI SELANGOR MENGALAMINYA

GANGGUAN MENTAL

Jelasnya, KK di daerah Klang merawat pesakit seramai 500 kes setahun dan itu merupakan paling tertinggi. Diikuti KK di daerah Petaling dengan lebih 400 pesakit dan Sepang seramai lebig 300 pesakit.

“Faktor penyebab gangguan kesihatan mental adalah faktor dalaman (faktor genetik dan personaliti), faktor tekanan hidup dan stigma terhadap kesihatan mental,” ujarnya.

Individu yang mengalami masalah mental ini perlu mendapat sokongan orang sekeliling agar dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.

Selain itu, faktor gaya hidup juga memainkan peranan termasuk gejala penyalahgunaan dadah dan kurang aktiviti fizikal.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga merancang tujuh strategi bagi mengatasi permasalahan ini termasuk kerjasama rentas agensi.

Setahun sekali perlu mengadakan teknikal kesihatan mental membabitkan semua pihak dan melakukan latihan pengendalian tingkah laku bunuh diri kepada anggota kesihatan (MySave) selain saringan kesihatan mental terhadap klien yang berisiko di Jabatan Pesakit Luar (hospital).

Baca juga: Budak 4 Tahun Tidur Dalam Rumah Penuh Sampah Dengan Penagih Dadah. Meruntun Jiwa!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×