Euforia Bola 2026
Famili

Macam Filem Fiksyen! Angkasawan Kongsi Foto Memukau Kilauan Aurora Selatan Dari Angkasa, Ramai Tergamam!

Aurora Selatan

Fenomena langit yang jarang dapat dilihat dari permukaan Bumi kembali mencuri perhatian apabila angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Sophie Adenot, berkongsi satu detik luar biasa yang merakam keindahan Aurora Selatan atau Aurora Australis dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Dalam perkongsian di Instagram, imej yang dirakam bukan sekadar cantik, tetapi benar-benar menunjukkan betapa menakjubkan alam semesta apabila dilihat dari orbit Bumi, terutamanya ketika fenomena Aurora Selatan sedang “menari” di bawah ISS.

Baca juga: Airbus Kongsi Foto Malaysia Dari Angkasa Lepas, Netizen Terpukau Siap ‘Detective Mode’ Teka Lokasi!

FOTO KEINDAHAN KILAUAN AURORA SELATAN DARI ISS

Aurora Selatan

Gambar: Instagram Sophie Adenot

Pemandangan memukau Aurora Selatan dari angkasa

Sophie menggambarkan pengalaman itu sebagai sangat menakjubkan, dengan cahaya hijau terang yang berkelip dan bergerak seperti ‘tarian’ di bawah mereka sehingga menerangi Stesen Angkasa Antarabangsa.

“Hari ke-127, orbit ke-1968 — Aurora itu benar-benar luar biasa… berkelip dan menari di bawah kami, terbentang sejauh mata memandang, dan sangat terang sehingga ia menerangi Stesen Angkasa dengan warna hijau,” tulisnya di Instagram beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa fenomena kali ini jauh lebih terang berbanding aurora yang pernah dilihat sebelum ini, sehingga tetapan kamera khas untuk aurora pun tidak mampu menangkap keseluruhan keamatannya.

Detik luar biasa di ISS

Menurut Sophie, setiap kali fenomena aurora muncul, ia menjadi satu momen yang tidak pernah membosankan bagi kru di ISS. Malah, semua kru akan berebut untuk mendapatkan tempat terbaik di tingkap bagi menyaksikan sendiri keindahan semula jadi itu.

Fenomena Aurora Selatan berlaku apabila zarah bercas daripada matahari berinteraksi dengan medan magnet Bumi, lalu menghasilkan cahaya berwarna hijau, ungu dan kadang-kadang merah di langit kawasan kutub selatan.

Baca juga: Tragedi Selam Skuba Maldives: Pernah Gagal, Ini Kronologi Misi Kedua Berisiko Tinggi Berjaya Bawa Keluar 4 Mayat Penyelam Itali

Aurora Selatan

Gambar: Instagram Sophie Adenot

Reaksi warga maya

Perkongsian beliau turut menerima pelbagai komen positif daripada pengguna media sosial,

“Menakjubkan dan sangat cantik!!” Luis.

“Pemandangan yang hebat, teruskan berkongsi Sophie,” Matthew

“Magis Bumi ini buat saya tak mampu berkata apa-apa, terlalu kagum!” Revie.

Ramai warga maya meluahkan rasa kagum melihat keindahan Bumi dari perspektif angkasa lepas, seolah-olah berada dalam dunia yang berbeza.

Kenapa Aurora Selatan Sangat Istimewa?

Fenomena ini bukan sahaja cantik untuk dilihat, tetapi juga penting dalam kajian saintifik:

  • Menunjukkan aktiviti solar yang berlaku pada matahari
  • Membantu saintis memahami perubahan medan magnet Bumi
  • Menjadi antara fenomena alam paling menakjubkan dari orbit

Perkongsian Sophie Adenot tentang Aurora Selatan dari ISS bukan sekadar gambar indah, tetapi satu peringatan tentang betapa hebatnya ciptaan alam semesta yang sentiasa berlaku di sekeliling kita.

Dari ratusan kilometer di atas Bumi, fenomena ini terus membuktikan bahawa dunia kita dan langit di atasnya penuh dengan keajaiban yang tidak pernah berhenti memukau sesiapa yang melihatnya.

Sumber: Instagram Sophie Adenot

FT Image: @europeanspaceagency / @nasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×