Euforia Bola 2026
Sihat

Kenapa Semua Masalah Jadi Lebih ‘Berat’ Bila Tengah Malam? Rupanya Ini Sains Disebaliknya…

FIKIR MASALAH

Pernah tak anda fikir masalah akan menjadi lebih berat apabila malam tiba? Situasi ini sebenarnya bukan sesuatu yang asing, malah ramai mengalaminya tanpa sedar.

Walaupun masalah yang dihadapi pada waktu siang dan malam adalah sama, persepsi anda terhadapnya boleh berubah bergantung kepada keadaan fizikal dan mental ketika itu.

Baca juga: Hari Bekerja Hibrid Bermula 1 Ogos Ini…Tiada Had Radius 8KM, Pegawai Di Negeri & Daerah Turut Layak

KENAPA FIKIR MASALAH PADA WAKTU MALAM JADI LEBIH BERAT

FIKIR MASALAH

1. Otak lebih penat selepas seharian

Sepanjang hari, otak bekerja keras untuk membuat keputusan, menyelesaikan tugasan dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Apabila malam tiba, tahap keletihan mental ini boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih mudah tertekan dan kurang mampu berfikir secara rasional, lalu masalah terasa lebih berat daripada biasa.

2. Kurang gangguan, lebih banyak berfikir

Pada waktu siang, perhatian anda sering teralih kepada kerja, aktiviti atau perbualan dengan orang lain. Namun pada waktu malam, suasana lebih sunyi dan kurang gangguan, menyebabkan fikiran menjadi lebih fokus kepada perkara yang membimbangkan. Ini membuatkan isu kecil terasa lebih besar.

3. Hormon dan emosi lebih sensitif

Kajian menunjukkan perubahan hormon pada waktu malam boleh mempengaruhi emosi seseorang. Badan yang sudah penat juga cenderung membuatkan anda lebih mudah rasa cemas, sedih atau risau berbanding waktu siang.

FIKIR MASALAH

Kredit: Magnific

4. Kesan kurang tidur

Kurang tidur atau kualiti tidur yang tidak baik juga boleh memburukkan keadaan emosi. Apabila tubuh tidak mendapat rehat mencukupi, daya tahan mental akan menurun, sekali gus menjadikan seseorang lebih mudah ‘overthinking’ pada waktu malam.

5. Fikiran lebih banyak imbas kenangan

Waktu malam sering menjadi waktu refleksi bagi ramai orang. Tanpa sedar, anda mula mengimbas semula kejadian lama, kesilapan atau perkara yang belum selesai, lalu menimbulkan rasa berat dalam hati.

Perasaan masalah menjadi lebih berat pada waktu malam adalah gabungan faktor keletihan mental, suasana yang sunyi, perubahan emosi serta kualiti tidur.

Walaupun normal, penting untuk mengawal emosi dengan baik agar tidak terbawa-bawa hingga mengganggu kesihatan mental.

Baca juga: Bukan Sebab Makan Banyak! Berat Badan Boleh Naik Tiba-Tiba Kerana 3 Jenis Ubat Ini…

Sumber: Very Well Mind

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×