Euforia Bola 2026
Sihat

Hati-Hati Ya Bila Bercakap, Telinga Tak Henti Dengar Tau Masa Tidur & Ini 9 Fakta Menarik Lain!

fakta telinga

Telinga merupakan sebuah organ badan yang mampu mengesan bunyi, selain berperanan dalam keseimbangan dan kedudukan tubuh. Kalau nak tahu, banyak lagi fakta telinga yang menarik dan mungkin anda belum pernah mendengarnya.

Justeru itu, mari lihat 10 fakta telinga yang menarik seperti disenaraikan oleh Doktor Samhan di bawah.

Baca juga: Cara Atasi 9 Masalah Tidur Yang Ramai Alami, Bila Bangun Rasa Puas Macam Tidur Setahun!

FAKTA TELINGA YANG MENARIK

fakta telinga

Gambar: freepik

10 Fakta Menarik tentang Telinga!

1. Kekerapan suara berbeza didengar oleh lelaki dan wanita

Kajian menunjukkan bahawa wanita cenderung mendengar frekuensi suara yang lebih tinggi berbanding lelaki. Ini mungkin berkaitan dengan perbezaan struktur telinga dan hormon seks.

2. Telinga adalah organ untuk keseimbangan

Selain pendengaran, telinga juga berperanan penting dalam mengekalkan keseimbangan badan. Struktur dalam telinga, iaitu vestibular system, membantu mengatur orientasi tubuh kita.

3. Ukuran telinga tidak simetri

telinga

Gambar: Doktor Samhan

Menurut kajian oleh University of California, Los Angeles (UCLA), telinga kanan dan telinga kiri manusia tidak sepenuhnya simetri. Perbezaan ini boleh membantu dalam menentukan arah bunyi.

4. Kehilangan pendengaran akibat bunyi kuat

Pendedahan kepada bunyi yang sangat kuat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran sementara atau kekal.

Kajian oleh National Institute on Deafness and Other Communication Disorders (NIDCD) mendapati bahawa bunyi melebihi 85 desibel boleh merosakkan sel-sel rambut dalam telinga dalam.

5. Telinga tidak berhenti mendengar

Telinga kita terus mendengar walaupun kita tidur. Otak yang menapis bunyi yang didengar untuk membolehkan kita tidur dengan nyenyak.

Baca juga: Ramai Takut Ambil MSG Sebab Rambut Boleh Gugur, Ahli Kimia Sangkal Mitos Itu & Ini Faktanya!

Baca juga: 3 Manfaat Berjimak Ketika Badan Tak Sihat, Pakar Kata Capai ‘Orgasm’ Bantu Lawan Penyakit!

6. Mendengar dengan dua telinga adalah penting

fakta telinga

Gambar: freepik

Kajian menunjukkan bahawa mendengar dengan dua telinga (binaural hearing) membolehkan kita menentukan arah dan jarak bunyi dengan lebih tepat. Ia juga membantu dalam mendengar di persekitaran yang bising.

7. Cerumen (Earwax) adalah pelindung semula jadi

Earwax membantu membersihkan dan melindungi telinga daripada bakteria, kotoran, dan habuk. Kajian oleh American Academy of Otolaryngology menunjukkan bahawa membersihkan telinga terlalu kerap boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan.

8. Pendengaran menurun seiring dengan usia

Kehilangan pendengaran berkaitan usia (presbycusis) adalah perkara biasa. Kajian menunjukkan bahawa sekitar satu dari tiga orang berusia 65-74 tahun mengalami masalah pendengaran.

9. Rambut kecil dalam telinga yang menyaring bunyi

Telinga dalam mengandungi sekitar 16,000 sel rambut yang membantu menyaring dan menghantar bunyi ke otak. Kehilangan sel-sel ini adalah penyebab utama kehilangan pendengaran.

10. Evolusi telinga manusia

Menurut kajian evolusi, telinga manusia telah berkembang dari ikan purba yang hidup sekitar 370 juta tahun yang lalu. Struktur telinga kita yang kompleks membolehkan kita mendengar bunyi dari pelbagai frekuensi dan intensiti.

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

Sumber: X – @DoktorSamhan

FT Image: detnmd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×